Pakej Coral Hill
Harga dari setiap syarikat guide berbeza-beza. Tapi secara amnya ia sekitar RM 85 β 100 seorang (harga 2023).
Akan tetapi kami tidak mempunyai info/partner utk tarikan ini.
Panjat Coral Hill
Untuk anda yang muda atau berusia tapi masih gagah lututnya, anda boleh buat jungle trekking ke kawasan hutan yang menuju ke Mossy Forest.
Ia kat Brinchang, tak jauh dari muzium Time Tunnel. Orang kat sini namakan ia Coral Hill.
Bezanya, berbanding Mossy Forest yang anda cuma berjalan di platform, kali ini anda akan merentas denainya.
Jadi anda boleh tengok sendiri lumut, orkid hutan sampailah ke pokok-pokok pelik yang hidup subur dalam kawasan hutan ini.
Dan anda akan rasa bezanya memijak kawasan tanah hutan kat sini. Sesetengah tempat terasa seolah-olah memijak karpet tebal dalam hutan.
Perlukan Guide
Disebabkan ianya hutan, kami sarankan anda ke sini dengan guide berpengalaman.
Tapi jangan risau. Walaupun Coral Hill jenis berbukit, tahap kesukarannya adalah sederhana.
Cuma bila semakin menghampiri puncak, ia bakal jadi lebih curam. Anda akan menaiki tangga dan menggunakan tali untuk beberapa tempat.
Kalau anda ragu-ragu, tanya guide anda dulu samada anda atau ahli kumpulan sesuai atau tidak untuk trip masuk ke Coral Hill ini.
Kami sarankan anda guna guide supaya anda lebih banyak belajar tentang kawasan yang anda panjat.
Dan tahu tentang pokok-pokok yang anda jumpa. Sebab sesetengahnya beracun.
Untuk panjat Coral Hill, anda boleh tempah tour dengan guide di Cameron Highlands. Dan antara agensi yang menguruskannya termasuklah Eco Cameron dan Cameron Adventure.
Tempoh
Selalunya masa diambil untuk memanjat dan turun kawasan hutan Coral Hill ini mengambil masa 1 jam.
Trip ke sini selalunya akan terus ke arah puncaknya. Dan bila sampai kat sini anda dapat tengok pemandangan 360 darjah kawasan sekitarnya.
Tapi trip ke Coral Hill ini lazimnya digabungkan sekali dengan trip ke ladang teh BOH dan beberapa tarikan lain kat Cameron.
Jadi masa keseluruhan trip boleh memakan masa 4 jam.
Review
Jadi yang pertama beri review