DALAM MALL
Terbesar di KL
Tarikan KL ini special sebab ia taman tema indoor yang dibina kat dalam shopping mall Berjaya Times Square.
Jadi sementara anak berseronok, mak ayah boleh makan berdua, atau licinkan poket kat kedai-kedai yang ada.
Ada di tingkat 5 & 7 Berjaya Times Square, tempat ini ada roller coaster terbalik yang terpanjang kat Asia Pasifik.


ROLLERCOASTER
Ride Utk Keluarga
Dibina di tingkat 5 & 7 Berjaya Times Square, taman tema ini ada roller coaster terbalik yang terpanjang kat Asia Pasifik.
Kalau tak suka naik rollercoaster, sekarang ada juga VR untuk anda atau anak-anak layan.
Tempat ini selalunya sibuk pada hujung minggu, jadi rancang lawatan anda.
Boleh beli tiket secara online untuk lebih murah dan mudah.
Ingatkan biase je rollercoaster nyerr, sekali nohhh bapok lajunyerrr, tapi best aaaa… boleh pergi lagi siniii☺️
Tempat yang sesuai untuk semua peringkat umur. Ada. Pelbagai jenis mainan yang boleh dinaik mengikut peringkat umur. Cuma masa dibuka agak singkat mulai jam 11 pagi hingga pukul 8mlm shj.
Harga kombo pada 28 Mei : rm188 untuk 2 dewasa dan 2 kanak.
Hmm.better anak dah capai umur 12 tahun baru bawa pegi sini. Sebabnya, anak saya umur 6 dan 8 tahun, banyak benda tak boleh main sebab belum cukup ketinggian yang dikehendaki.
Harga locker rm10. Better makan dulu di rumah sebab makanan dalam ni terhad dan mahal.
Boleh juga bawak makanan.tapi kena simpan dalam locker dan pandai2 la nak makan.hahaha
Surau ada..tapi ruang kecil.better bawak telekung sendiri dan solat awal waktu bagi elak jammed.
Boleh start masuk jam 12 tghri sehingga 8 malam.
Kami keluar pukul 5.30 ptg.
Kami laki bini enjoy naik roller coaster..
Roller coaster dia memang gempak. Game lain pun best. Cuma Dizzy ride better naik last sekali sebab pening sampai muntah. Tandas sangat bersih. Surau pun ada telekung. Tapi locker kena bayar 🥲