Tiket Countryside Stables

RM12.00

(5 review)

Apa kata kita belai, kita naik dan kita beri makan kuda dengan keluarga masa cuti nanti?

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 90 min
Harga Tiket
Harga tiket masuk bermula dari RM 12 dewasa dan RM 8 kanak-kanak. Harga utk menunggang dan memberi makan kuda dikira berasingan.
Lokasi
Lot 10050, Jalan Hilir Sungai Burung, Sungai Burung, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang, Malaysia

Add to Cart
seorang anak kecil memberi makan kuda di countryside stables penang
Tiket Countryside Stables
RM12.00

UTK FAMILY

Belai & Naik Kuda

Di sini, anda dan isteri boleh menunggang kuda dewasa dan anak kecil anda boleh menunggang kuda kerdil.

Jika anak anda belum puas, mereka juga boleh membeli jerami padi untuk memberi makan kuda-kuda di sini.

sekumpulan kanak-kanak di atas kuda masing-masing di countryside stables penang

seorang wanita membelai kuda di countryside stables balik pulau

SUASANA DESA

Kuda Milik Peribadi

Berbeza dengan tempat menunggang kuda lain, kuda-kuda di sini adalah haiwan peliharaan tuan punya tempat ini.

Oleh sebab itu ianya lebih terjaga dan kawasan persekitarannya juga lebih bersih dan rapi.

Tempat ini agak ke dalam dari jalan besar.

Tapi disebabkan ia terpencil, kawasannya pun tenang.

Untuk yang nak mendengar bunyi kuda dan keldai dalam kawasan yang cukup bersih dan cantik, ini tempatnya.

Tiket Countryside Stables

Harga Promo

Tiket Promo Online
Potongan Harga
0 %Tempah

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Tiket Masuk128
+ Menunggang2520
+ Makanan Kuda6/pek6/pek
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Feb 2025

Waktu Operasi

Sessi pagi: 10pg – 12 tghari
Sessi petang: 2ptg – 7malam

Tarikan Berdekatan

Sebelum balik semula ke pekan Georgetown, anda mungkin mahu singgah ke Saneen Goat Farm sekejap.

5 review utk Tiket Countryside Stables

4.8
Berdasarkan 5 review
5 bintang
80
80%
4 bintang
20
20%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-5 dari 5 review
  1. Owner tempat ni sangat friendly, kami dah datang dua kali. Boleh bagi kuda makan dan sambil2 tu kalau you all rajin sembang, owner boleh cerita A-Z pasal kuda. Tanya je apa2.

    Lepas tu, you all boleh naik kuda, bayar RM20 per ride, budak pon boleh naik. Nanti dia akan bagi kuda yang size kecil sikit. Horse ride falam 15 minit macam tu. Boleh ambil gambar pemandangan padi

    (0) (0)
  2. sgt sesuai utk beriadah seisi keluarga..boleh ride, boleh bg kuda mkn.. staff pn very friendly.. tempat pn nice xpanas..

    (0) (0)
  3. Tempat ni kawasan dia terpisah sikit dari bandar. Nama pun ladang kuda kan.

    Aku suka tempat ni tenang ja. Blh tengok la ada dekat 40 ekor kuda. Dari yg sekecik2 sampai la yg berat sekoq 500 kilo. Bayaq masuk boleh refer kat gambaq ni.

    Kalau nk merasa naik kuda yg paling murah pun yg rm20 org tu bawak pusing 5 round. Pekerja dia ada tu yg ramah rajin duk explain satu2. Pastu ada gak keldai 2 ekoq. Blh dengaq live bunyi keldai bagi sapa yg x penah jumpa mesti terkesimaπŸ˜†

    (0) (0)
  4. Nak tengok kuda2 yang cantik, bersih, tak busuk dengan persekitaran yg diurus sempurna?

    Silalah datang ke Countryside Stables Penang. Memang puashati!!! Pemiliknya dan semua staff sangat baik dan peramah.

    Kami sekeluarga rasa sangat dialu-alukan. Aura kegembiraan di tempat ini menyebabkan anak2 saya sudah mula menanam impian untuk memiliki seekor kuda satu hari nanti.

    Semoga impian mereka menjadi kenyataan… Amiin…

    (0) (0)
  5. Menarik! bagi beginner mcm saya riding arabian horse..boleh tgk pony and kuda racing..best

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Tiket Countryside Stables Tiket Countryside Stables
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)