Tentang Tarikan Ini :
Mengairi kira-kira 6 negara iaitu dari China hinggalah ke Vietnam, anda akan menyusuri sungai yang cukup besar jasa kepada penduduk Indo-Cina ini dengan sampan yang didayung penduduk tempatan.
Selain menaiki sampan, anda akan dijamu dengan minuman dan makanan berasaskan madu lebah — seperti teh madu. Akan ada juga nyanyian lagu tempatan dan hidangan buah-buahan seperti pitaya dan rambutan sewaktu trip anda ke sini.
Dalam trip ini anda akan menaiki 2 jenis bot. Yang pertama adalah bot kecil berkapasiti 4 penumpang dan akan didayung.
Selepas melawat kawasan pembuatan gula-gula kelapa, anda akan dibawa menyusuri sungai Mekong dengan bot besar sehingga ke kawasan makan sebelum dihantar pulang ke jeti.
Tips Pengunjung
1. Bawa jaket hujan kerana sampan tidak berbumbung dan hujan mungkin turun pada waktu anda menaiki sampan.
2. Masa untuk trip ini kemungkinan mengambil masa dari awal pagi hingga ke petang atau senja. Jadi pastikan anda susun jadual perjalanan anda jika mahu ke sini.
Harga Tiket
USD [currency base=”USD”]35[/currency]
* termasuk bas ke sana dan makan (mungkin tidak halal)