Cruise Tasik Putrajaya

RM20.00

(7 review)

Bestnya — Cruise Tasik Putrajaya ini membolehkan anda melihat keindahan kota Putrajaya dari dalam bot.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30-45 min
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 20 dewasa dan RM 10 kanak-kanak utk Joy Cruise (bot kecil)
Lokasi
Cruise Tasik Putrajaya, Precint 1, Putrajaya

Add to Cart
cruise tasik putrajaya boat
Cruise Tasik Putrajaya
RM20.00

NAIK BOT

Beberapa Pilihan

Anda boleh memilih untuk menikmati angin tasik di atas bot berhawa dingin atau santai-santai dengan perahu buatan tangan pakar Melayu dari Kampung Duyung, Terengganu.

Hubby yang nak buat surprise untuk wedding anniversary pun boleh abadikan memorial berdua kat sini.

cruise tasik putrajaya

cruise tasik putrajaya

HARGA BERBEZA

Pelbagai Bajet

Tempoh cruise anda bergantung kepada pakej yang dibeli.

Pakej untuk bot kecil adalah yang paling murah.

Untuk yang lebih eksklusif, anda boleh pilih pakej makan malam di dalam bot Catamaran.

Yang nak charter terus sebiji kapal untuk event peribadi macam sambutan hari jadi atau untuk kumpulan sekolah atau ofis pun boleh.

Anda boleh hubungi terus pihak Cruise Tasik Putrajaya untuk tempahan sebegitu.

Tiket Cruise Tasik Putrajaya

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara
Joy Cruise2010
Sightseeing Cruise5034
Perahu3018
Pelancong Asing
Joy Cruise4020
Sightseeing Cruise7552
Perahu5535
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 22 Feb 2025

Laluan Cruise

  • Masjid Putra
  • Istana Darul Ehsan Palace
  • Jambatan Wawasan
  • Monumen Millennium Monument
  • Istana Kehakiman
  • Jambatan Putra

Nota: Laluan berbeza mengikut pakej.

Kaunter Tiket

Pejabat dan kaunter Cruise Putrajaya terletak di Jeti Putra.

Anda boleh ke sini dengan mencari landmark Dataran Putra.

Oleh kerana ia hampir dengan Masjid Putra, anda boleh bersolat berjemaah di sini sebelum berjalan kaki ke jeti untuk menaiki bot atau perahu anda.

Makan Malam di Cruise Putrajaya

Selain dari melihat mercu tanda Putrajaya, mereka yang ingin merasai pengalaman makan tengah hari atau makan malam di dalam bot atau perahu juga boleh menempah pakej makan-makan sewaktu cruise.

7 review utk Cruise Tasik Putrajaya

4.0
Berdasarkan 7 review
5 bintang
42
42%
4 bintang
28
28%
3 bintang
14
14%
2 bintang
14
14%
1 bintang
0%
1-5 dari 7 review
  1. Tiket mahal ye 50 ringgit tapi bagi saya worth it kalau susun atur dia lebih sistematik ….. 45 minit dia bergerak semua view cantik paling best pergi time 6:45 pm sebab berangin , nyaman dan sunset….. nak repeat tapi nak pergi time weekdays saje huhu

    (0) (0)
  2. 31/10/24, Thursday, 6.45pm:

    Nasib beli tiket online siap2 via Agoda.. jadi sampai kul 6.30pm pun.. terus boleh beratur nak masuk bot. Sapa2 nak naik.. kalau nak mai weekend.. beli siap2 lah tiket.. kalau nk mai weekdays pun.. try usha2 online booking tiket.. selalu dpt murah lagi dari walk in customers.

    Ride selesa dlm bot ada aircond. Boleh keluar ke atas bot dan depan bot buat scene titanic kalau x malu. Hahaha. Life jacket x perlu pakai.. ada bawah seat masing2.. renang saja air tasik.. bot pun tak bawa laju, x pelan.. ok la.. layan angin sepoi2.. mabuk laut pun x dak.

    Selalu peak hours mmg time sunset lah.

    #cruisetasik

    (0) (0)
  3. Dari Masjid Putra, hanya 3m jalan kaki ke sini. Turun mcm nak pegi Zus Coffee, tapi tempat tu depan lagi sikit.

    Tiket beli manual je, cth nak naik 6.45PM, tiket dijual pada 5.30PM tepat ( kalau sampai 5m awal pun ia x jual lg).

    Cruise ada aircond.

    Cruise ada 2 jenis : yg ada 2 tingkat atau 1 tingkat.
    Yg 2 tingkat tu, bole berdiri ramai2 kat atas.
    Yg 1 tingkat, berdiri depan dan belakang bot.

    (0) (0)
  4. First time datang sini, ambik trip paling last (pukul 7pm) sebab dapat discount 50% (dewasa rm15, budak rm10)

    Kelebihan – murah, pemandangan cantik sebab lighting. Masa trip dalam 30 minit rasanya

    Kekurangan – cermin cruise berwap sebab aircond + cuaca dah xpanas, so kalau duduk dalam mmg frust xdapat tgk / snap pemandangan. Kalau trip masa cuaca panas, insyaAllah xde issue ni

    Tips – sila beratur awal utk beli tiket & utk naik cruise sbb mostly org akan berebut utk cop port kat luar cruise. Cruise ade 2 jenis – double deck = kat luar akan ada space di atas & blkg… single deck = ada space kat depan & blkg… dah naik, trus cop seat depan belah dalam sbb nanti pintu depan bukak boleh terus serbu port depan(untuk singe deck). Blkg agak bising sebab bunyi enjin

    Parking, boleh parking sekitar jambatan mcm visitor yang lain.

    (0) (0)
  5. Ambil session last sekali (7pm) kena beli tiket pukul 6. If weekend awal lagi orang dah queue untuk pukul beli tiket pukul 6 tu.

    Trip limited for 200pax only. Time nak beli kena tunjuk ic. Kalau nak belikan untuk orang kena tunjuk ic dalam bentuk pdf pon takpa.

    Trip dia kejap ja so sempat solat maghrib.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Cruise Tasik Putrajaya Cruise Tasik Putrajaya
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)