Cultural Village Ipoh

RM12.00

Nak berbasikal dan layan suasana kat area gunung batu kapur? Datang sini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 90 min
Penting
Sila maklum yg kawasan batu kapur selalunya tidak stabil. Ada risiko batu besar jatuh dari kawasan atas bukit.
Harga Tiket
Harga tiket masuk bermula dari RM 12
Lokasi
22A, Persiaran Pinggir Rapat 5a, Taman Saikat, 31350 Ipoh, Perak

Ditutup sementara / kekal

GUNUNG BATU KAPUR

Bersiar dan OOTD

Ipoh ini antara tempat paling famous dengan batu kapur.

Dan kalau anda nak merasa angin kawasan dalamnya, tempat ini antara lokasi sesuai untuk itu.

Kawasan ini ada basikal dan beca untuk anda layan dengan member.

Ia percuma dan patut diguna. Sebab kawasannya agak besar untuk jalan kaki saja.

cultural village ipoh

cultural village ipoh

BARANG LAMA

Kurang Popular

Kawasan ini juga ada kawasan simpan barang antik.

Bolehlah tengok TV lama, kerusi kedai gunting dan lalu kawasan gerai lama di lorong tepi bukit batu kapur.

Dan kat tasik ini pun ada banyak ikan untuk anda beri makan.

Apapun, tempat ini bukanlah tempat yang popular untuk orang Melayu.

Yang datang pun kebanyakannya muda mudi nak berselfie.

Tiket Cultural Village

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)Per Pax
Warganegara12
Pelancong Asing20
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 4 Jan 2023

Cara Datang

Sila telefon dulu sebelum datang.

Sebab setahu kami, mereka tak terima tetamu secara walk-in.

Dan tempat beli tiketnya bukan di lokasi, tapi di syarikat Perabot Kota.

Pelik? Ya tapi ia milik persendirian. Dan ada kuota jumlah pengunjungnya, jadi cara nak ke sini berbeza dari biasa.

Tips Pelawat

  • Sila call +605-312 4140 atau +6012-516 1556 untuk tanya waktu operasi dan harga tiket. Sebab kali terakhir kami semak ia tutup pada Sabtu, Ahad dan cuti awam. Dan sebab tak dijual di lokasi, kami tak dapat beri harga tiket terkini.
  • Untuk dapatkan tiket, beli di kedai perabot, Syarikat Perabot Kota 3 kilometer dari pintu masuknya.
  • Kawasan ini di belakang taman perumahan. Signboard ke sini hampir tiada, dan jalan masuknya sempit. Bas memang tak dibenarkan masuk. Sila guna kereta sendiri, dan buka Google Map untuk cari lokasi.
  • Bawa air mineral. Senang bila dahaga dan letih ronda. Kalau datang hampir waktu tengahari, topi pun sila bawa sekali.
  • Tempat ini juga dulunya cuma dipanggil Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village. Nama Cina itu maksudnya Bukit Yang Aman dalam bahasa Mandarin.