Tentang Tarikan Ini :
Danga Bay ada pelbagai aktiviti dan tarikan yang berkonsep glamor dan mewah di samping kawasan membeli-belah dan restorannya.
Ia juga adalah pusat rekreasi terbesar di Johor Bahru dengan tempat dan aktiviti yang sesuai untuk semua golongan.
Di sini ada Danga Park, sebuah taman tema khas untuk kanak dan pusat membeli belah.
Kenali Wajah JB
Danga Bay ialah wajah Johor Bharu.
Di sini anda boleh melihat budaya sebenar orang-orang Johor dan melihat sendiri perbezaan budaya dan adat mereka berbanding di tempat anda.
Hotel Berhampiran Danga Bay
Daripada pendapat para pengunjung, hotel yang terbaik yang ada di sini adalah Tune Hotel Danga Bay.
3 Tarikan Paling Top Kat Johor
Tapi ada juga lebih kurang 30 lagi pilihan hotel untuk anda tempah mengikut bajet anda. Jadi, anda jangan risau kalau anda tak mampu ke hotel 5 bintang.
Kalau anda mahu ke Legoland Malaysia, Puteri Harbour Theme Park atau USS Singapore, kawasan Danga Bay adalah antara kawasan menginap terbaik yang boleh anda pilih.
Lagipun, bas ke USS Singapore mula bertolak dari kawasan Tune Hotel JB.
Maklumat Pengunjung
1. Kebanyakan makanan di sini adalah makanan laut seperti kerang, ikan bakar, sotong goreng tepung dan sebagainya. Namun anda juga boleh mengunjungi kafe untuk masakan biasa seperti nasi goreng, bihun goreng dan sebagainya di Danga Beach Club. Kalau nak menjamu selera dengan makanan laut, sediakan sekurang-kurangnya : RM 80 untuk seorang.
Aktiviti menarik
– Kapal cruise, rondaan selama 1 jam : RM 20 (Jumaat, Sabtu & Ahad saja, 8pm)
– Bot kecil : RM 10 (Setiap hari, waktu siang saja)
– Basikal berkumpulan (2-6 tempat duduk) : RM 39 (Rondaan selama 45 minit)