BERGAMBAR
Lukisan 3D
Kalau anda belum puas selfie, dan muzium 3D yang ada belum cukup, ini satu lagi muzium 3D di Penang untuk anda terjah.
Di tingkat bawah muzium ini ada lukisan 3D biasa.
Bahagian ini sama seperti muzium 3D lain. Cuma bila anda naik ke atas, anda akan masuk ke kawasan gelap dengan lukisan yang glow in the dark.


GERMANY MARI
Satu-satu di Msia
Kalau biasanya lukisan 3D yang ada di Malaysia menggunakan pelukis Korea, muzium ini menggunakan orang German untuk karya utamanya β lukisan Fire & Water: Tribute to Darwin.
Bila terang, lukisan besar ini nampak macam air terjun. Bila gelap, ia jadi air terjun yang memuntahkan lava gunung berapi.
Kalau muzium 3D lain buat anak anda menguap, yang ini mungkin buat mereka menganga.