De Ranch

Jika anda ingin merasa suasana koboi di Bandung, terus saja ke ladang ternakan kuda dan lembu De Ranch yang letaknya 15 km dari bandar Bandung.

Di ladang penternakan kuda ini, anda dan anak-anak bukan sahaja boleh menunggang kuda, tetapi juga boleh mengikuti beberapa aktiviti yang jarang ditawarkan di tempat lain seperti kelas merawat kuda dan berpeluang memandikan kuda-kuda belaan yang jinak.

Ladang seluas 5 hektar yang dikelilingi banjaran gunung dan dihuni 20 ekor kuda ini bukan sahaja merupakan tempat penternakan haiwan ini tetapi juga telah diubahsuai menjadi tempat percutian keluarga yang lengkap.

Jika anda mahu menunggang kuda bersama keluarga sambil melihat suasana desa dan hutan Bandung, jangan risau kerana ada juga pakej untuk aktiviti itu. Jika anda datang berdua ke Bandung untuk bulan madu, anda juga boleh menaiki kereta kuda kecil yang muat untuk dua orang.

Jika kesemua di atas masih belum cukup dan anda masih ingin rasa pengalaman menjadi koboi sebenar, anda boleh belajar memerah susu lembu, membuat biskut serta memanah dengan harga yang berpatutan.

Harga Tiket & Harga Aktiviti:

Harga Tiket: Rp5000 (~$0.5)
Kursus Menunggang Rp150000 (~$15) sejam
Pakej Menunggang Rp150000 (~$15) sejam
Menaiki Kereta Kuda Rp50000 (~$5) utk 30 minit
Memerah Susu Rp15000 (~$1.5) utk 15 minit
Kelas Biskut Rp35000 (~$3.5) untuk 30 minit

Waktu Operasi:

Isnin Tutup
Sel – Jumaat: 10 pg – 5 ptg
Hujung Minggu, Cuti : 9 pg – 8 mlm

Kredit: Plipplop, SharonTravellog