Tentang Tarikan Ini :
Suhu sejuk. Pemandangan gunung. Rumput menghijau. Tak, bukan New Zealand yang kami maksudkan, sis. Tapi Desa Dairy Farm ini sebenarnya.
Sebab pemandangannya yang ala luar negara ini lah yang membuatkan Desa Dairy Farm ini jadi tempat pilihan ramai pengantin serta krew filem bergambar.

Kredit
Senang cerita, kalau anda nak view macam overseas, tapi lokasi dalam Malaysia, ini antara tempatnya.
Kat sini, anda boleh tengok sendiri proses memerah dan memproses susu. Nak susu segar? Pun tak ada masalah sebab anda boleh beli susu segar terus dari ladang ini.
Kalau datang dengan anak kecil, apa kata bagi mereka peluang memberi makan anak lembu dan kambing sewaktu anda berkunjungan ke kandang haiwan.
Kalau sudah letih bergambar, duduk berehat. Dan layan manisnya waffle dan ais krim segar, sambil rasa nikmatnya sejuk angin gunung menampar manja muka anda itu. Chewah!
Apapun, kena tau yang tarikan ini tak dekat dari Kota Kinabalu Sabah. Memang lama nak kena duduk dalam kereta.
Jarak dari Kota Kinabalu
100 km/ 2 jam 30 minit
Waktu Operasi
8 pg – 5 ptg
Waktu Memerah/Memproses Susu
Memerah : 3 ptg – 5 ptg setiap hari
Memproses : Setiap Selasa, Khamis, Ahad pada 10 pg – 2 ptg
Tiket Masuk
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 5 | 4 |
Pelancong Asing | 5 | 4 |
Beli Tour ke Desa Dairy Farm | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga :10 Jan 2023 |