Aktiviti
1. Tengok Kebun Buah
Selain dari pokok buah yang biasa anda tengok kat kampung (macam rambutan dan mangga), ini tempat anda tengok pokok yang jarang ada kat kawasan rumah.
Antaranya pokok koko (bijinya diproses untuk buat coklat), amra dan durian belanda. Bergantung pada pakej yang anda pilih dan musim, anda akan dapat merasa hasil ladang buah ini dalam trip anda ke sini.
2. Masuk Kebun Herba
Kat sini anda boleh pegang dan bau sendiri herba-herba tempatan dan juga dari luar negara.
Kalau setakat serai dan misai kucing memang tak ada masalah. Tapi boleh juga tengok pokok roselle, stevia dan lain-lain lagi.
3. Belai Arnab Kat Petting Zoo
Untuk anak-anak, ada kawasan petting zoo dalam Desaru Fruit Farm.
Selain beri makan arnab dan kambing mereka juga boleh datang dekat pada binatang macam ayam pigmi dan ayam turki.
Kalau masih nak memberi makan, ada kawasan kolam ikan koi warna-warni untuk mereka campak pallet.
4. Shopping Buah
Sebelum balik, boleh singgah kat pasar mini Desaru Fruit Farm.
Buah dari ladang ini dah siap dibungkus. Tunggu anda hulur masuk mulut sahaja. Yang nak beli jus, pun ada.
Aktiviti Lasak
Disebabkan saiznya, Desaru Fruit Farm juga ada aktiviti lasak yang boleh anda buat.
Paintball
Kalau datang dengan kawan ofis, boleh plan untuk buat teambuilding atau layan paintball kat sini.
ATV
Tak cukup main tembak-tembak, ada ATV yang boleh anda naik dan pusing kebun.
High Rope Course
Boleh juga merasa lalu obstacle course sini yang simple untuk lawan rasa kecut.
GoKart
Kalau nak merasa Gokart kampung yang lalu jalan tak berturap, ini tempatnya.
Tour
Nak ke sini, ia datang dalam pakej tour supaya tak adalah pusing kebun tapi balik kosong.
Pakej paling simple ialah pakej tour dengan makan tengahari.
Tapi disebabkan jaraknya dari Johor Bharu pun mencecah 1 jam perjalanan, lebih baik datang beramai-ramai supaya lebih banyak aktiviti boleh dibuat.
Makanan tengahari sangat sedap. Buah buahan semuanya sedap n fresh2. Servis Kak Nor terbaik. Aktiviti ATV sgt best n rasa seronok. InsyaAllah akan dtg lagi. Terima kasih.
Seronok dapat pengalaman baru di sini, mengenali buahΒ² an di Malaysia dan dibimbing oleh tour guide Ira dan apabila kami makan tengahari di sini kami disajikan dengan pelbagai menu yang menarik.
Kak Nor yang melayan kami sangat peramah dan baik hati. Air misai kucing sangat menyegarkan.
Experience yg sangat best boleh tour tengok pokok2 buah sekeliling kebun.
Harga masuk sorg RM44 dan ada pakej lain jugak. Tour guide nama Hisham sangatlah friendly, funny (recommend) even still young orgnya tau pasal pokok.
Dlm farm ada animal feeding, pink buffalo, camel. Boleh repeat bawak family and friends ππ»
Seronok bercuti dapat jalan2 naik lori, tapi hujan dapat tengok pelbagai pokok buah2 , tengok kolam ikan, beli air buah2 segar paling sedap jus markisa, kasi makan binatang2 kambing yg paling meriah terima kasih puan zaidah cerita banyak kisah ladang ni