Tentang Tarikan Ini :
Penting : Tarikan ini telah ditutup. Info di bawah hanya untuk rujukan sahaja.
Desaru Ostrich Farm kat kawasan Desaru ini memanglah tempat ternakan burung kasuari bertahap lagenda.
Sebabnya tempat ini adalah ladang penternakan burung ini yang paling besar dalam Malaysia. Kalau ikut kata orang, ada lebih 200 ekor burung ini dalam kawasan ini.
Tapi disebabkan ini ladang keluarga, kawasannya tak macam tempat pelancongan. Gaya kawasan masuk dan bangunan cuma bangunan kayu kampung macam zaman 1920 an. Jadi untuk yang mahu tempat melayan burung yang selesa, ini bukan tempatnya.
Kat sini, burung kasuari ini dibiar berkeliaran. Dan disebabkan ini, ia sudah biasa dengan manusia. Dan nak memberi makannya memang senang. Pusing kiri nampak anak burung, pusing kanan nampak nenek burung.
Disebabkan ia banyak, anda boleh tengok burung ini dari telur sampai ke umur dewasa. Nak tengok demonstrasi betapa kuatnya telur burung ini pun boleh. Minta kebenaran tuan tanah kalau nak berdiri atas telurnya. Sepatutnya tak pecah sebab telur burung ini tahan berat sampai 130kg.
Apapun, ingat yang burung ini masih haiwan liar. Ia boleh mematuk dan mengejar anda yang cuba-cuba nak mengacaunya tak tentu arah. Jadi jangan tunjuk hebat sangat dalam kawasan ini.
Sebelum balik, kalau nak cuba burger kasuari pun boleh. Cuma kami tak pasti halal tidak sebab ini ladang kasuari Cina.
Kalau was-was, boleh cuba telur gorengnya sahaja. Tapi awas, walaupun keadaan kedai makan kat sini macam warung tepi jalan, harga kopinya harga macam dalam shopping mall.
Tempat Menarik Berdekatan
Untuk yang nak naik bot dan layan kelip-kelip, anda boleh ke Bujang Fireflies. Yang nak layan buah boleh ke Desaru Fruit Farm. Dan kalau yang nak main air boleh layan Desaru Coast Waterpark.
Kalau nak tengok kehidupan nelayan, ada Muzium Nelayan kat Tanjung Balau yang anda boleh tengok.
Waktu Operasi
Setiap Hari :9 pg – 6 ptg
Harga Tiket
Harga | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 20 | 15 |