Asal Usul Dialogue in The Dark
Benda ini dimulakan oleh orang German, tapi dah berkembang ke lebih 30 negara sekarang.
Kat Malaysia, Dialogue in The Dark ini ada di Kuala Lumpur, dan dah dimulakan sejak 2012.
Tapi cuma sekarang makin mendapat publisiti. Kata kebanyakan yang dah ke sini, tempat ini membuka mata mereka.
Menambah syukur mereka, dan membuat mereka bertambah belas kasihan pada orang yang kurang upaya.
Aktiviti
Anda akan masuk dalam kumpulan maksima 8 orang. Setiap orang dapat tongkat berjalan orang buta.
Dan anda semua akan dipimpin orang buta melalui kawasan yang menguji pancaindera anda — bunyi, rasa, bau.
Dalam tempat ini, anda mungkin terkial-kial nak mengguna mesin ATM atau nak memberitahu rempah apa yang ada dalam beg plastik yang diberi pada anda.
Rasa juga gigil melintas jalan, dan susahnya memilih duit kertas yang betul bila nak membayar.
Apapun, ia bakal menukar hidup anda.
Kudos juga tempat ini, sebab dengan adanya tempat begini, orang buta juga dapat kerja yang halal — dan boleh share pengalaman dengan kita.
Makan Dalam Gelap
Kalau ini belum cukup, ada satu lagi tarikan dalam Kuala Lumpur yang membolehkan anda makan dalam gelap.
Tempatnya di Dining in The Dark Bukit Bintang.
Review
Jadi yang pertama beri review