MAKAN KAT UDARA
Diangkat Kren
Dinner in the Sky ini sebenarnya hanya ada kat satu tempat je kat Asia Tenggara β cuma dalam bandaraya Kuala Lumpur.
Ini tarikan rare.
Sebab anda bakal makan malam dalam ruang makan yang diangkat kren, dilayan oleh chef antarabangsa, dan diulit suasana malam bandaraya KL.


PENGALAMAN UNIK
Layan Suasana
Sekali naik, meja makan anda boleh muat 22 orang.
Anda naik ke atas dalam 50 meter (15 tingkat). Dan waktu makan adalah sekitar 1 jam.
Takut jatuh? Jangan risau sebab anda akan duduk siap dengan tali pinggang keledar.
Crew yang naik bersama anda ada beberapa orang. Ketua chef, 2 krew dapur dan 2 krew keselamatan.
Bila anda naik dan turun, tak berapa terasa pun sebab dibuat dengan lancar dan hati-hati. Semasa makan, ruang makan anda bakal berpusing supaya semua orang boleh tangkap gambar dengan gambar KLCC.
Dengan latar belakang KLCC, diiringi musik romantis, ditiup bayu malam dan dihias lampu-lampu malam KL, ini bakal jadi makan malam paling tak boleh dilupakan si buah hati.
Review
Jadi yang pertama beri review