Penting : Sejak tahun 2019, tempat ini kami dapati dalam keadaan kurang terjaga. Walaupun bangunan untuk bergambar masih ada, keadaan kawasan ini tidak lagi seperti sewaktu awal ia viral di media sosial. Info di bawah ditulis sekitar 2017- 2018.
Kalau anda geram nak pi selfie kat Disneyland tapi poket rabak, datanglah ke Kampar.
Sebab kalau setakat nak ambil angin tengok bangunan macam kat situ, ada kat Bandar Agacia.
Apa Ada Kat Disney Avenue Bandar Agacia?
Tempat ini sebenarnya kawasan bandar baru kat Kampar yang semuanya diinspirasikan dari gaya Amerika.
Kawasan ini belum bangun sepenuhnya, dan sayangnya Kampar belum ada infrastruktur besar atau pusat pentadbiran yang boleh menaikkan kawasan ini kecuali UTAR dan KTAR.
Jadi tak ada banyak yang boleh dilawat di sini, melainkan kena bergerak sedikit untuk ke layan River Rafting, Gopeng Heritage House atau Gua Tempurung.
Jadi orang yang datang Disney Avenue selalunya hanya datang bergambar.
Kalau anda pun gila selfie dan kejadian anda update IG setiap 2 jam, jangan lupa datang Disney Avenue Kampar ini.