district 21 putrajaya

Kredit : azmy_elsadat

District 21

Termenung bosan tengok bangunan di Putrajaya. Jangan begitu. Jom layan District 21 di IOI Mall

District 21 ini tempat anda memerah keringat dan tempat anda menjerit — sebab anda akan berjalan atas tali di siling tempat ini sampailah zip laju sampai anda anda mengucap berkali-kali.

Harga tiketnya tak murah.

Tapi kalau anda sudah bosan asyik tengok pemandangan kat Putrajaya, ada 10 aktiviti lasak yang boleh anda buat kat sini :-

Aktiviti District 21

district 21

Kredit : izzatem

1. Panjat Dinding
Ya. Ada dinding memanjat untuk anda jadi rock climber dalam dewan ini.

panjat dinding ioi mall

Kredit : sofeaziz

2. Roller Glider
Ini anda patut cuba sebab sukar dicari di Malaysia.

Anda disangkut dilaluan seperti landasan keretapi yang disangkut kat siling bangunan. Dan whoooosh! Glider ini akan bawa anda dengan laju.

Mesti jerit punya!

permainan di district 21 ioi mall

Selain 2 aktiviti ini ada lagi aktiviti-aktiviti lain yang boleh anda buat.

Nak melompat, melantun kat gelanggang span boleh.

Nak masuk keluar perangkap besi pun tak ada masalah.

jumping at ioi theme park putrajaya

Kredit : f4tinabilah

Tempat ini sesuai untuk yang besar dan kecil.

Kalau anda takut tempat tinggi, mungkin kurang sesuai.

entrance district 21

Kredit : d.j_diary

Tapi anda masih boleh masuk ke sini kalau cuma mahu melihat.

Tapi masih kena bayar ya.

rope obstacle

Kredit : yunyun_immran

3. Ninja Warrior Course

Kalau ada kawan yang bila tengok Ninja Warrior selalu ejek cakap adeh, yang itu pun tak lepas, ini tempat nak buat dia merendah diri.

Kat sini boleh tengok kalau yang suka mengejek itu banyak gagah, atau banyak cakap.

Tarikan Berdekatan

Kalau belum cukup penat, dalam IOI Mall ini juga ada tempat nak ber ice skating.

Namanya Putrajaya Icescape Ice Skating Rink.

Kalau ada hajat begitu, jangan lupa bawa sarung tangan dan stokin ya?

Harga Tiket

Harga Tiket Walk-InAktif (RM)Pelawat (RM)
Hari Biasa6410
Hujung Minggu/Cuti8010
Beli Tiket Murah District21
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 10 Jan 2024

* Pelawat adalah mereka yg hanya datang untuk melawat tanpa menaiki apa2 tarikan.

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat :12 tgh –  8 mlm
Hujung Minggu & Cuti : 10 pg – 8 mlm

JomJalan Seluruh Putrajaya

Senarai tarikan best di Putrajaya
Promo hotel, tarikan Malaysia
Jomjalan