dream forest Langkawi

Dream Forest Langkawi

Jom belajar lagenda dan mitos Langkawi waktu malam kat dalam hutan dara.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
Warga Langkawi382828
Warganegara Msia684828
Pelancong Asing986838
Beli Tiket Murah Dream Forest
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 1 Sep 2023

Ini tarikan terbaru yang unik kat Langkawi.

Dan baru buka sekitar Julai 2023 saja.

Tarikan ini jenis tarikan malam yang buat anda dikelilingi lampu LED, dengan penceritaan lagenda dan mitos orang dulu kala.

dream forest langkawi malam

Yang berbeza dari biasa ialah ia dibuat dalam kawasan hutan.

Kat kaki gunung Raya.

dream forest lighting

Dan dibuka pun masa kawasan ini gelap gelita.

Jadi memang istimewa rasanya.

Lagenda Yang Ada

led dream forest

Anda akan dapat tahu beberapa lagenda seperti Merong Mahawangsa, Gergasi Langkawi dan Dayang Bunting.

Gergasi Langkawi — dua orang kawan bernama Mat Cinchang dan Mat Raya contohnya, dikatakan bergaduh sehingga disumpah menjadi gunung oleh satu lagi lagenda pulau ini iaitu Sang Gedembai.

Ini semua akan anda pelajari semasa dalam kawasan ini.

dalam dream forest

Anda akan berjalan di kawasan laluan sepanjang 1.2 km dalam hutan berusia jutaan tahun.

Anda akan dikelilingi lampu LED, dan skrin dengan bunyi dalam perjalanan selama 1 jam di dalamnya.

Senang cerita, ia penceritaan dalam kanvas semulajadi yang berbeza dari buku atau TV anda.

portal of dreams 1 scaled

Tips Pengunjung

  • Tempat ini besar dan ada kawasan yang tak rata. Pakai kasut yang selesa.
  • Pakai baju lengan panjang dan seluar supaya kurang digigit nyamuk.
  • Jaga lidah dan perangai. Sebab anda masuk kawasan separa hutan pada waktu malam.
  • Antara tempat lain yang hampir sama dengannya kat Malaysia ada kat Lost World of Tambun Perak. Ia ada Luminous Forest yang siap dengan pertunjukan musik dan api.

Tahu Tak?

Kawasan ini dulu dikenali sebagai Kampung Buku.

Dream Forest Langkawi adalah salah satu projek untuk membangunkannya semula.

Harga Tiket

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
Warga Langkawi382828
Warganegara Msia684828
Pelancong Asing986838
Beli Tiket Murah Dream Forest
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 1 Sep 2023

Waktu Operasi

Tutup Rabu
Khamis – Selasa : 7 ptg – 12 tgh malam

JomJalan Seluruh Langkawi

Senarai tempat tarikan best di Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Promo hotel, tarikan Langkawi
Jomjalan