UNIK
Jentera Perang
Dah bosan naik bot lalu sungai Melaka?
Apa kata cuba pula naik Duck Cruise dan layan ronda bandar Melaka ini selama 45 minit pula.
Mesin yang bakal anda naik ini sebenarnya jentera 6 tayar yang dibina semasa perang dunia ke-2 yang boleh lalu di atas darat dan juga di dalam air (DUKW).
ANTIK
Dua Alam
Semasa anda naik jentera antik ini, akan ada 2 pemandu.
Satu di darat, dan yang satu lagi di air.
Sayangnya jentera Duck Tours ini bising.
Oleh sebab itu anda mungkin tak dapat mendengar komentar tentang tarikan yang anda nampak sepanjang trip anda.
Jadual tulis buka tp bila dtg tutup dlm fb pon tak inform ,dah la cuti sampai 3 hari baik tak payah niaga counter pon usang dah
Kurang sesuai naik ni sebab just ronda kawasan Pulau Melaka yang terbengkalai tu. Seat pun sempit. Tak selesa. Tapi untuk yang tak pernah naik kenderaan amfibia boleh la cuba. Dari segi harga tak berbaloi la. Baik buat benda lain je.
Best. Pengalaman pertama naik kenderaan dua alam. Beli tiket dan tunggu turn naik. Jika lambat lagi, masih boleh jalan2 habiskan masa di pahlawan walk dan sekitar bandar hilir. Jadi, tidak rugi dan tidak rasa masa terbuang dengan menunggu giliran untuk naik duck tour.
Bising sedikit ketika dalam kenderaan. Wajib pakai life jacket. Tapi, buat syarat je, sb life jacket pn ad yang dah rosak. 😁
Overall, best sb pengalaman pertama buat saya.