tarikan alam di bandung - dusun bambu

Dusun Bambu

Dusun Bambu Bandung adalah tarikan terbaru kota Paris Timur ini.

Direka sebagai taman kampung Sunda, Dusun Babu ialah kawasan cukup indah untuk anda berehat sambil merasai suasana kampung tradisi yang diberi nafas baru di Indonesia. Secara tidak langsung, kampung ini juga berfungsi untuk mempromosi Indonesia sebagai penghasil bambu (buluh) kedua terbesar selepas China.

Dusun Bambu direka dengan suasana Indonesia tetapi dengan cara teratur Barat. Anda boleh berehat di dalam kawasan berbentuk sarang burung yang dibuat dengan ranting kayu, berjalan di atas titi buluh sambil melihat keindahan sawah padi, atau merasai makanan tradisi bersama keluarga di restoran bambu.

Di sini juga terdapat Pasar Khatulistiwa. Satu pasar mempamerkan hasil sayuran dan buah-buahan segar tempatan di dalam suasana serba moden.

Penginapan di Dusun Bambu

Di kawasan yang sejuk, direka bersih dan mendamaikan ini anda boleh memilih untuk menginap di rumah cottage bambu di tepi tasik. Dangau-dangau ini lengkap dengan dapur dan berandah untuk anda sekeluarga berehat di luar. Sayangnya harganya cukup mahal.

Jika anda tidak mahu bermalam di dangau, tapak perkhemahan peribadi yang eksklusif juga disediakan. Ia lengkap dengan kemudahan tandas yang bersih serta air panas.

Permainan Untuk Anak-Anak

Takut anak-anak berasa bosan di sini? Jangan risau. Mereka boleh berseronok dengan :-

1. Memberi arnab makan
2. Bermain buaian kayu
3. Memanah
4. Menunggang basikal
5. Bermain pelbagai permainan tradisi Sunda.

Tips Pengunjung

1. Tiada ATM di sini. Sila bawa wang tunai untuk pembelian makanan/perkhidmatan.

2. Penginapan dikatakan hanya akan dibuka secara rasmi pada Mac 2014

3. Dari kawasan letak kereta ke pintu masuk anda boleh menaiki trem. Tetapi jika anda tidak mahu menunggu, anda boleh sahaja berjalan kaki untuk masuk (10 minit). Perjalanan kurang terasa kerana cuacanya selalunya sejuk.

4. Permainan mungkin dikenakan bayaran lain dari bayaran masuk.

5. Bawa jaket pada musim sejuk/hujan. Tempat ini mungkin berkabus dan lebih dingin dari yang disangka.

Harga Tiket Masuk & Lain-Lain

Tiket :Rp[currency base=idr]15000[/currency] seorang
Parkir Kereta: Rp[currency base=idr]10000[/currency] sebuah

Makanan: bermula dari Rp[currency base=idr]55000[/currency]
Penginapan: bermula dari Rp[currency base=idr]2000000[/currency]

Waktu Operasi

Jumaat – Ahad: 10 pg – 11 malam
Tutup pada hari lain

Jomjalan