Isi Kandungan :
Kalau anda datang ke Kota Kinabalu dan nak gambar yang gambar-gambar cantik macam yang ada dekat akaun instafamous, anda kena datang sini. Tapi sediakan duit banyak sebab tiket masuk nya mahal.
Tempat ni kat Menggatal, 40 minit dari Kota Kinabalu. Tapi apalah sangat drive 40 minit kalau gambar anda meletup meletup kan?

Kredit: naddrxxh
Bila kat sini anda beli pas/ tiket. Lepas ini bolehkan anda layan bukit ini yang ada buai besar macam dekat sawah Bali, tempat duduk sangkar burung dan pemandangan Kota Kinabalu yang cukup cocok untuk followers Instagram anda.

Kredit : shzwanis

Kredit: by_fi
Dah sampai waktu senja anda boleh duk ramai-ramai berjemaah dekat satu tempat dipanggil Sunset Catcher, yang macam tempat duduk stadium. Dan layan pemandangan senja yang dikatakan antara yang terbaik di Kota Kinabalu.

Kredit : syafikahanani
Waktu Operasi
Setiap Hari : 9 pg – 7:30 mlm
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Warganegara | 20 | 10 |
Pelancong Asing | 120 | 120 |
Beli Tiket Elf Kokol Hill |