WAKIL MALAYSIA
Persembahan Budaya
Kalau Indonesia berbangga dengan persembahan Devdan dan Ramayana dan Thailand berbanggga dengan Siam Niramit, Malaysia seakan tandus dengan persembahan budaya bertaraf dunia.
Tapi sekarang, Malaysia boleh bangun berkata, kami juga punya persembahan budaya standard antarabangsa β walaupun teraju di belakangnya sebenarnya negara China.


UTK KELUARGA
Persembahan Besar
Persembahan ini didatangkan dengan lebih 200 penari. Dari sekecil 9 tahun sampai ke umur lebih 60 tahun.
Lokasinya?
Bangunan gah, lagi baru hasil tangan arkitek China.
UNIK
Pentas Berbeza
Pentasnya bukan sahaja jauh berbeza dari yang ada di negara kita, tetapi dengan tempat duduk yang boleh berputar 360 darjah, dikatakan terbesar dan antara yang tercanggih kat Asia Tenggara.
Disebabkan bangunannya nampak cukup moden, ramai yang ke sini bukan untuk menonton, tapi duduk luar untuk berselfie (pun tak salah kan?).

Gabungan seni pentas dengan technology cahaya yang amat maju .ditambah pula dengan design pentas modern bergerak 360Β° . Sukar digambarkan anda perlu merasai sendiri .
Storyline pementasan menyusuri sejarah melaka lebih tepat baba nyonya melaka. It’s was good experience.
Datanglah tengok teater, best! Tak rugi spend duit nak dibandingkan dengan tengok konsert. Parking pun luas.
Satu pengalaman yang agak luar biasa apabila saya dapat menonton persembahan di Encore Melaka.
Dimana tempat duduk penonton yang boleh berpusing 360 darjah dan yang tak dapat dilupakan ketika berada distage air terjun yang menarik.
Layanan staff yang ramah dan mesra serta mempunyai pemandangan yang cantik ketika berada diluar kawasan bangunan theater..very derrrr semua nyaa mantulllllll
Sini tempat yg orang akan datang untuk bergambar, wife yang ajak, kita ikut saja hahah.
Masa kami datang ada sini ada concert bertemakan konsep Trandisional, nama saya lupa sebab tak p masuk pun. Tapi saya ingat Dato’ Aishah ada buat persembahan!
Tempat hujung2 pantai gitu, untuk sesi bergambar boleh sangat, sebab reka bentuk bangunannya yg unik.
Oh ye sekarang dah ada parkir bertingkat & berbayar ye gais. (Rm5 hari Sabtu utk sejam pertama mungkin?)