Pakej Endau Rompin
Harga pakej berbeza mengikut jumlah rombongan anda, dan berapa lama kat sini. Lazimnya, untuk trip harian (tak bermalam) harganya dalam RM 250 seorang. Untuk bermalam, ia selalunya RM 400 ke atas mengikut jenis aktiviti dan penginapan. Pengangkutan dari Kuala Rompin, makan, minum, guide dan yuran masuk selalunya sudah termasuk dalam kos.
Aktiviti
Bila dah kat dalam tempat ini, anda akan mula dengan naik bot dari Kuala Peta ke Kuala Jasin. Bila dah sampai Kuala Jasin, anda bermulalah aktiviti jungle trekking anda. Anda akan bergerak dari satu kem ke kawasan hutan atau air terjun. Dan selama dalam kawasan ini, anda akan dibawa oleh guide orang asli (wajib kalau bermalam di sini). Sepanjang dalam hutan Endau Rompin ini, anda boleh layan air terjun, tengok lopak tempat bintang cari garam, dan jumpa orang asli suku Jakun. Untuk sesetengah pakej, ada juga yang berkayak, layan water tubing, water confidence atau night walk. Pendek kata, ini tempat anda layan nature kat dalam hutan dara.
Harimau
Ya. Ada harimau Malaya (yang hampir pupus) kat hutan ini. Begitu juga babi dan binatang liar lain macam gajah. Tapi jagalah mulut jangan cabul. Binatang-binatang ini pun kalau boleh tak mahu jumpa dengan anda. Dan yang selalu akan anda jumpa adalah kesan tinggalannya macam tapak kaki ataupun najis. Jadi, jangan risau.
Cara Masuk
Disebabkan ini taman negara, nak masuk kena ada permit dari Taman Negara Johor. Dan disebabkan ini hutan banat dan jalannya jalan tanah merah, anda kena datang sini dengan 4WD (2 jam perjalanan) dari jalan tar terdekat. Jadi selalunya orang datang ke sini dengan ambil pakej supaya tak susah pening nak cari 4WD. 3 Pintu Masuk Berlainan Sebab ia besar, ada 3 pintu masuk dari kawasan berlainan :
- Johor Endau Rompin (Timur) – Ini yang paling popular dan senang. Anda masuk ikut Kampung Peta.
- Johor Endau Rompin (Barat) – Anda masuk ikut Bekok, Segamat.
- Pahang – Anda masuk ikut Kuala Rompin. Ini pilihan paling tak popular.
Bergantung dengan pintu mana anda masuk, aktiviti yang ada kemungkinan berbeza. Yang masuk dari Bekok, akan buat banyak aktiviti dari survival training, team building sampai ke abseiling.
Penginapan
Kat dalam Endau Rompin, anda boleh pilih 3 mode penginapan. Yang paling cocok sekali untuk yang nak adventure ialah berkhemah. Yang nak selesa sedikit, boleh pilih dorm. Dan yang manja, boleh ambil chalet. Tapi ingat, walaupun manja, ini hutan. Jadi chalet anda hanya ada kipas yang hidup beberapa jam sahaja sehari. Cuma yang chalet, bilik air anda di dalam chalet dan bukan berkongsi. Dalam kawasan Endau ada beberapa kawasan penginapan. Bergantung kepada berapa lama anda dalam hutan ini, anda mungkin akan tinggal di 1 atau 2 kem sepanjang di sini. Dan tak semua kawasan ada pilihan penginapan.
Tempat Makan
Kalau hutan, mana nak cari restoran bang. Yang paling hebat pun kantin kat dalam HQ Taman kat Kampung Peta.
Kalau dah masuk Endau Rompin, anda berkemungkinan sudah tahu yang anda perlu masak sendiri. Kalau anda datang ikut tour, makanan selalunya mereka sediakan.
Review
Jadi yang pertama beri review