Isi Kandungan :
Dalam banyak-banyak taman rama-rama dan reptilia kat Malaysia, ini yang paling kemas buatannya.
Kalau tahun 90an dulu, ia cuma taman rama-rama, masuk tahun 2016 ia dibesarkan sampai 3 kali lagi besar dari yang asal. Dan bila dah membesar, makin mahal lah juga tiketnya. Batuk! batuk!.
Kat Entopia, anda bakal masuk dalam bangunan ber aircond sambil melayan sekitar 15,000 rama-rama yang terbang dalam kawasan taman yang dibina dalam bangunan ini.
Kawasan ini juga ada kolam, gua, air terjun buatan dan 200 spesis tumbuhan untuk tempat habitat rama-rama.
Selain dari kawasan rama-rama, anda juga akan masuk ke kawasan Cacoon — dan belajar lebih lanjut pasal binatang yang tak ada tulang belakang. Dalam kata lain, ini territory untuk cikgu sains dan anak-anak muridnya.
Dan jangan risau. Bukan saja ada rama-rama kat sini. Ada ular, kumbang, ulat gonggok dan serangga lain untuk anak-anak tengok.
Masa Terbaik Datang
Kalau nak datang, waktu yang dikira baik sekitar 8 – 11 pagi, sebab waktu inilah kiranya rama-rama aktif.
Boleh lah merasa rama-rama hinggap kat batang hidung.
Selepas waktu ini, kebanyakan rama-rama dah tak berapa nak terbang lagi. Banyak akan mula menyorok dalam kawasan pokok — bagus kalau nak snap gambar mereka satu-satu.
Waktu Operasi
Setiap Hari : 9pg – 6ptg
Termasuk cuti awam
Harga Tiket Entopia
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | Warga Emas (RM) | |
---|---|---|---|
Warganegara | 49 | 29 | 29 |
Pelancong Asing | 69 | 49 | 49 |
Beli Tiket Diskaun Entopia |
Harga Tiket Diskaun
Tarikan Berdekatan Entopia Penang
Sebelum sampai ke Entopia, anda akan jumpa taman tema Escape.
Kalau menghala terus ke atas lagi, anda akan jumpa Taman Rimba Teluk Bahang. Boleh mandi air sungai atau ber piknik kat dalam itu. Kalau nak air laut, singgah Batu Feringghi dan layan pasarnya.
Peminat pokok, herba dan kebun boleh layan Tropical Spice Garden yang dalam 10 – 15 minit berkereta.