Escape Cameron Highlands

Tarikan Percuma

[TANGGUH: Taman ini sepatutnya dibuka pada 2023 tetapi mendapat bantahan keras orang awam. ]

Satu hari nanti anda boleh main ski kat taman tema gaya Eropah ini.

Penting
Status pembukaan tarikan ini tidak diketahui
Anggaran Masa Utk Aktiviti
Belum diketahui
Harga Tiket
Belum diumumkan
Lokasi
Hobo, Cameron Highlands

TAMAN TEMA

Gaya Eropah

Tak lama lagi, Cameron Highlands bakal dapat taman tema sendiri.

Taman tema gaya Eropah ini dibina oleh syarikat sama yang mengendalikan Escape Penang.

escape cameron highlands

Harga Tiket

Belum dibuka

Bila Nak Buka?

Fasa pertama dijangka akan dibuka awal 2023. Tapi taman tema ini akan terus dalam pembinaan sehingga lengkap 4 fasanya. Jadi tarikannya akan tak semua ada masa buka nanti.

Status Masih Samar-Samar

Status projek ini bagaimanapun masih samar-samar. Ini kerana projek taman tema ini mendapat bantahan luarbiasa dari penduduk sekelilingnya.

Apa Yang Best Kat Sini?

Kalau ia jadi kenyataan, nanti anda satu family boleh main ski macam kat luar negeri. Cuma tak ada salji. Tapi boleh turun bukit kat laluan special yang dibuat macam laluan licin bersalji. Slope ini bakal jadi slope salji buatan manusia paling panjang dalam dunia. Nak naik ke atas bukit, anda akan naik ski. Panjangnya 1.2km. Jadi memang ada feel rasa naik ski macam kat oversea.

Ala Eropah

Kat sini akan ada 5 kampung Eropah. Kat kawasan paling bawah kawasan ala Iberia. Diikuti kawasan ala UK, Balkan dan Nordic. Yang paling atas kawasan perkampungan Alpine.

Jumlah Tarikan

Bila siap, akan ada 20 tarikan kat taman tema Escape Cameron Highlands ini. Dan tarikan popular macam Escape Penang akan juga dibuat untuk anda panjat-panjat balik zaman kanak-kanak dulukala. Tak perlu pening ke Penang, kat sini pun boleh memanjat juga.