AKTIVITI LASAK
Mini Escape
Kalau anda jenis yang aktif, dan suka memanjat, Escape Challenge ini antara tambahan tempat beraktiviti kat KL.
Ia dibawa oleh Escape Penang khas untuk orang KL merasa versi mini taman tema yang popular kat Penang itu.
Dan sebab ia kat Paradigm Mall PJ, memang boleh buat 2 benda dalam satu. Boleh berseronok memanjat kat Escape Challenge, dan boleh shopping dengan member pada hari yang sama.


DALAM MALL
Utk Yg Cergas
Halangan bertali pun ada yang hampir sama macam kat Escape Penang. Sesetegah halangan tingginya 3 tingkat dari tanah.
Tapi tak semua perlu tenaga. Ada yang perlu anda keluarkan peluh.
Yang wajib ada, keberanian orang muda. Ini termasuk macam macam Slingshot iaitu lastik besar, tali bergetahnya tembak anda ke atas.
DI PENANG
Utk Versi Penuh
Apa-apa pun, kalau anda orang muda memanglah wajib cuba. Sebab bila dah ada family, rasa nak buat benda begini makin kurang.
Kalau rasa ini best, bila cuti boleh pergi Penang dan layan taman tema Escape untuk versi outdoor pula.

Best. Nak lg best pwrgi pagi2 dan weekdays. Sbb tak ramai. Staff pon friendly 👍🏻👍🏻 5♥️ utk staff terima kasih.
Mana yang suka extreme boleh datang sini boleh datang dgn kawan or family 🙌🏻🥳
Accessibility agak jauh drpd LRT. Tapi ada Bus drpd LRT Kelana Jaya (Bas no T781) lalu sana. Overall berbaloi pergi. Kalau rancang awal, harga memang lebih murah sehingga 60%.
Tempat memang seronok. Tapi ade sorang staff bangla kot name mukesh, tidak kids friendly…dah namanya pon tempat kanak2 juga kan…kasar mengajar kanak2 cara main disitu
Bestt sangatt
Staff friendly.
Datang masa hari kerja, tak da orang. Tempat tu mcm korang yg punya.haha. Boleh keluar and masuk semula. Boleh main puas2.
Tempat bersih. Kat paradigm mall pun banyak tempat makan, nak solat senang.
And paling best time main tak panas.