Faizy Crystal

Tarikan Percuma

Nak tengok, nak beli kristal masa cuti kat Langkawi? Jom datang sini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
20 – 30 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Kompleks Kraf Langkawi, Ayer Hangat Kuah, Kedah 07000 Malaysia

BUMIPUTRA

Workshop & Jualan

Faizy Crystal ini tempat membeli dan tengok sendiri seni membuat kristal oleh anak Melayu.

Yang hebatnya kristal kat Faizy Crystal ini semua dibentuk dengan cara membakar kaca dan meniup ke dalamnya.
Dan dari situ tukang-tukang akan membentuk kristal ini kepada macam-macam bentuk.

Kalau setakat bunga itu memang biasa, tapi bentuk lain termasuklah ikan sampai ke motorsikal.

faizy crystal
faizy crystal

ORANG LAMA

Barangan Berkualiti

Faizy Crystal ini sudah ada dari 2002 lagi.

Jadi pengalaman puluhan tahun bakal buat semuanya nampak mudah. Dan kat sini, boleh tengok demonstrasi buat kristal kat depan mata.

Dan untuk yang minat membeli, ada macam-macam jenis kristal yang boleh dibeli.

Dan kebanyakannya adalah barang kristal untuk hiasan rumah. Sebab ia barang seni, harga mungkin ramai yang tak berani.

HATI-HATI

Mudah Pecah

Disebabkan lokasi bengkel dan showroom ini cuma di belakang Pusat Kraftangan Langkawi, memang ideal sangat untuk anda yang sukakan benda-benda seni.

Cuma kalau ada anak kecil, kena pandai menjaga mereka.

Dan satu lagi, kawasan worskshop membuat kristal memang panas sangat.

Jangan masuk kalau anda diva yang perlukan aircond senantiasa.

faizy crystal

Sejarah Faizy Crystal

Tempat ini diasaskan oleh saudara Kamarul Faizy, yang masa mudanya bekas pelajar seni di UITM.

Beliau belajar cara membuat kristal secara tradisi ini semasa mengikuti kursus seni di New Zealand. Bila dah tertambat hati, beliau balik dan bekerja di KL sebagai pakar gelas.

Apa yang anda lihat sekarang ialah hasil beliau berdikit-dikit menyimpan dengan impian mempunyai bengkel dan showroom glass blowing sendiri.

Barang asas untuk gelas datang dari Belanda manakala warna datang dari German. Dan hasil kristal beliau bukan sahaja untuk jualan Langkawi, tapi dieksport sampai luar negeri.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Faizy Crystal Faizy Crystal
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)