Isi Kandungan :
Tempat ini dibuat seakan-akan seperti sebuah kampung. Jadi, binatangnya dibiarkan berkeliaran.
Yang seronoknya, anak-anak anda boleh menyentuh, membelai dan memberi makan haiwan-haiwan ini.
Selain kawasan petting-zoo sebegini, ada juga kebun buah dan kawasan haiwan lain seperti burung, arnab, kura-kura dan musang.
Jadi kalau seumur hidup anak anda tak pernah tengok pokok rambutan, atau bau hamis kambing, Farm in The City ini peluang buat dia rasa secebis dari hidup anda dulu-dulu.

Kredit : kamleong83
Alternatif Lain
Tempat ini sebenarnya tak jauh dari satu lagi petting zoo — G2G Animal Garden di MAEPS Serdang.
Kalau harga tiket Farm in The City ini bukan bajet anda, cuba ke G2G.
Kat G2G, tiketnya lebih murah.
Harga Tiket
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 39 | 32 |
Pelancong Asing | 58 | 48 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 4 Jan 2022 |
Waktu Operasi
Hari | Waktu Operasi |
---|---|
Hari Biasa | 10pg – 6 ptg |
Hari Cuti Sekolah/Umum | 9:30 pg - 6 ptg |