DALAM MALL
Jadi Kapten
Kalau anda dah biasa main flight simulator, ini peluang untuk naik taraf pengalaman anda.
Dengan Flight Experience anda boleh masuk ke dalam kokpit yang memang diguna untuk latihan pilot dan jadi kapten sekejap.
Yang best lagi, kokpit kat Flight Experience memang diluluskan Boeing sendiri sebagai pengalaman bawa flight yang hampir sama macam yang betul.
Flight Experience ini dah ada kat KL dari 2014 lagi, dan disebabkan ia dibuat dalam Pavillion Mall, memang tak ada masalah singgah sekejap dengan isteri dan anak-anak.


TANPA PENGALAMAN
Semua Umur
Tak perlu jadi orang dewasa pun.
Tua, muda, lelaki, wanita semua boleh cuba sebab ada pelatih yang akan bantu anda semasa Flight Experience anda.
Jadi kalau bapa nak anak jadi pilot besar nanti, ini antara tempat boleh bawa dia masa cuti.
Sebabnya beza sangat di sini dengan kat Kidzania.
Review
Jadi yang pertama beri review