tempat menarik terbaru di cameron highlands - flora park

Kredit : chromaticcharms

Flora Park Cameron

Tarikan terbaru kat Cameron ini khas untuk anda yang nak piknik romantik atau bergambar cantik buat memori di IG.

Ini tempat menarik baru yang cantik untuk piknik di Cameron Highlands. Lokasinya? Dekat dengan Kea Farm.

Dalam kawasan piknik yang penuh bunga ini memang ada platform untuk berjalan. Jadi bolehlah pusing untuk cuci mata atau posing untuk followers.

piknik dengan keluarga di flora park cameron

Kredit : nazrinaan

Yang penting, bawa makanan dan minuman favourite anda, pakai lawa-lawa, dan bersantaplah dalam kawasan yang penuh bunga.

Kredit : ch_flora_park

Suasananya memang macam dalam mimpi. Jadi sesuailah untuk yang nak berhoneymoon atau sambut anniversary.

Untuk family pun boleh, sebab ada pakej piknik kat sini yang dibuat untuk maksima 6 orang sekali pergi.

Kredit : ch_flora_park

Slot Masa

Supaya tempat ini tak sesak, ia ada 2 slot masa. Setiap slot pinik anda ialah selama 2 jam.

Slot pertama : 10 pg – 12 tgh hari
Slot kedua : 3 ptg – 5 ptg

Pakej Piknik di Flora Park

Pakej PiknikHarga PakejTambahan Tetamu (RM)Tetamu Maksima
Family Garden238 (2 tetamu)RM 80/dewasa
RM 40/kanak-kanak.
6
Sweet & Simple288 (2 tetamu)RM 100/ tetamu6
Dream Deluxe488 (max 4 tetamu)--
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 21 Nov 2021

Cara Ke Sini

Anda akan dibawa naik dengan kenderaan 4WD ke sini. Dan anda perlu berada di tempat pertemuan untuk pickup setengah jam sebelum slot anda bermula.

Cara Tempah

Untuk menempah, anda perlu ke laman rasmi Flora Park atau hubungi mereka di IG Flora Park sendiri.

Kredit : ch_flora_park

Tips

Tempat ini bertangga. Jadi tak sesuai untuk yang sakit lutut atau yang berkerusi roda.

Kalau nak pergi, asah skill posing dan tangkap gambar. Rugi kalau balik dengan gambar besha-besha. Sebab harga nak ke sini premium dari banyak tarikan lain Cameron Highlands.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 10 p g- 6 ptg
Masuk terakhir : 4:30 ptg

JomJalan Seluruh Cameron

Senarai tarikan best di Cameron
Promo hotel, tarikan Malaysia