Flyboard @ Forest City JB

Peminat Avengers sekalian, jom terbang macam Ironman kat Forest City.

flyboard watersport forest city

Sebab anak teruna, mak ayah boleh merasa terapung guna flyboard kat udara. Anak yang kecil pula boleh layan swimming pool atau naik kayak dengan mama-nya.

Tak kisah berani ke tak, yang confirmnya, hari anda naik flyboard hari anda jadi Tony Stark. Hari jadi superstar sebab macam biasa, semua yang ada kat tepi laut mesti kagum ternganga punya.

Badan tinggi, rendah tak kisah bang. Tua muda pun boleh ( umur 9 tahun ke atas dah boleh cuba).

flyboard watersport forest cityYang penting dalam jiwa ada adventure. Sekali seumur hidup kena rasa.

Lagipun ini satu-satunya tempat boleh naik flyboard kat Johor ini.

Nak Pakai Apa Main Flyboard Ni?

Swimming suit bang. Kalau lelaki tu, surfing short pun dah okay. Tapi yang perempuan tu pakai yang bersesuaian lah. No bikini ye cik hadek?

Sakan Main Air Laut

Kat kawasan Flyboard Watersport ini bukan saja boleh main flyboard, tapi juga sewa dan naik jetski. Kalau nak jerit atas laut berjemaah, boleh layan towable (naik pelampung ditarik bot, macam banana boat tu, cuma yang ini bulat).

kayak di forest city johor bahru

Nak exercise santai-santai? Boleh sewa kayak ronda kawasan laut Forest City. Dan disebabkan kawasan ini besar, boleh ronda puas-puas dan tak perlu takut langgar kayak lain kalau anda baru nak belajar.

main jetski di forest cityKalau yang datang untuk honeymoon, dan nak simpan tenaga, boleh saja sewa jetski.

Layan Mandi Swimming Pool!

kolam forest cityKat kawasan Forest City ini juga ada kolam renang besar. Yang penting sebelum datang, siapkan baju, seluar renang. Takkan nak terjun pakai underwear je kan?

Kalau dah puas mandi, ada satu benda yang anda kena cuba – Zorb Ball.

Harga nak merasa Zorb Ball pun tak mahal mana.

aqua zorbing di kolam renang forest city

Kawasan Ber Instagram Kat Forest City

Kawasan untuk rekreasi kat Forest City ni memang cantik. Ada taman, ada pantai buatan untuk anda bergambar dengan family.

kawasan pantai di forest city

Jadi kalau setakat nak ambil gambar untuk IG tu memang enteng.

forest city dan pantai buatan manusia

Harga Flyboard @ Forest City

RM 320 untuk seorang
RM 600 untuk seorang
RM 700 untuk 3 orang
* tempoh terbang 20 minit

RM 100 untuk seorang (tandem)
* tempoh terbang 10 minit

Jetski

20 minit – RM 150 / jetski
40 minit – RM 250 / jetski
60 minit – RM 380 / jetski

Zorb Ball @ Forest City

RM 20 untuk seorang

Kayak

20 minit – RM 15 (seorang) / RM 25 (ber dua)
40 minit – RM 25 (seorang) / RM 45 (ber dua)
60 minit – RM 30 (seorang) / RM 55 (ber dua)

Towable

RM 40 untuk seorang (max 3 orang)

Waktu Operasi

Tutup Isnin
Selasa – Ahad : 10 pg – 6 ptg

suasana pantai forest city malam

Peta

My location
Get Directions