Flyboard Forest City

RM320.00

Peminat Avengers sekalian, jom terbang macam Ironman kat Forest City.

Penting
Laman FB Flyboard Forest City menyatakan yg ia telah berpindah ke Melaka.
Anggaran Masa Utk Aktiviti
15 – 30 min
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 320 per pax
Lokasi
Forest City, Johor

Ditutup sementara / kekal

SATU-SATUNYA

Kat Johor

Anak teruna, mak ayah boleh merasa terapung guna flyboard kat udara. Anak yang kecil pula boleh layan swimming pool atau naik kayak dengan mama-nya.

Tak kisah berani ke tak, yang confirmnya, hari anda naik flyboard hari anda jadi Tony Stark. Hari jadi superstar sebab macam biasa, semua yang ada kat tepi laut mesti kagum ternganga punya.

Badan tinggi, rendah tak kisah bang. Tua muda pun boleh ( umur 9 tahun ke atas dah boleh cuba).

Yang penting dalam jiwa ada adventure. Sekali seumur hidup kena rasa.

Lagipun ini satu-satunya tempat boleh naik flyboard kat Johor ini.

flyboard forest city

Tiket Flyboard

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)Dewasa
Warganegara320

Tarikan Lain

Kat kawasan Flyboard Watersport ini bukan saja boleh main flyboard, tapi juga sewa dan naik jetski. Kalau nak jerit atas laut berjemaah, boleh layan towable (naik pelampung ditarik bot, macam banana boat tu, cuma yang ini bulat).

Nak exercise santai-santai? Boleh sewa kayak ronda kawasan laut Forest City. Dan disebabkan kawasan ini besar, boleh ronda puas-puas dan tak perlu takut langgar kayak lain kalau anda baru nak belajar.

Kalau yang datang untuk honeymoon, dan nak simpan tenaga, boleh saja sewa jetski.

Kolam

Kat kawasan Forest City ini juga ada kolam renang besar. Yang penting sebelum datang, siapkan baju, seluar renang. Takkan nak terjun pakai underwear je kan?

Kalau dah puas mandi, ada satu benda yang anda kena cuba โ€“ Zorb Ball.

Harga nak merasa Zorb Ball pun tak mahal mana.

Senang cerita, ini alternatif murah untuk main air berbanding kat Legoland dan Desaru Coast Adventureland.

Waktu Operasi

Tutup Isnin
Selasa โ€“ Ahad : 10 pg โ€“ 6 ptg

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Flyboard Forest City Flyboard Forest City
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)