Di antara tinggalan tertua dan paling bersejarah di Penang ialah Fort Cornwallis — tempat Francis Light, menjejakkan kakinya di pulau ini.
Setelah mendarat, beliau mengarahkan agar sebuah pelabuhan merangkap kubu kecil dibina dari pohon nibong.
Setelah beberapa lama, ia akhirnya diganti kepada batu seperti sekarang ini.
Pada hari ini, kawasan ini hanya tinggal batu luar dan kira-kira 17 meriam lama.
Tetapi anda masih boleh melihat beberapa struktur seperti gereja kecil, bilik tahanan serta tempat simpanan peluru.
3 Tarikan Paling Top Kat Penang
Anda juga boleh melihat meriam Seri Rambai berusia beratus tahun yang dihadiahkan Belanda kepada Sultan Johor sebelum ia berpindah tangan dari satu kerajaan kepada kerajaan lain akibat perang.
Meriam ini juga pernah jatuh ke tangan lanun.
Tapi setelah berpindah milik, ia akhirnya di bawa ke sini untuk melindungi pulau ini.
Harga Tiket
Harga Tiket | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 10 | 5 |
Pelancong Asing | 20 | 10 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 3 Jan 2023 |
JomJalan Seluruh Penang
Layan senarai tempat tarikan best di Penang
Tidur kat hotel terbaik Penang
Promo hotel, tarikan Penang
Makan kat kedai makan sedap Penang