fort margherita kuching

Fort Margherita & Galeri Brooke

Jom masuk kubu Brooke dan layan sejarah dari pandangan penjajah bumi bertuah ini.

Kubu Margherita berwarna putih yang dibina pada 1879 ditebing sungai Sarawak ini dulunya kubu kerajaan Brooke kat Kuching.

Dengan campuran senibina tropika dan istana British, kubu megah di atas bukit ini dibina bagi persediaan melawan orang tempatan dari masuk ke bandar Kuching melalui jalan sungai.

Ternyata kubu yang diberi nama sempena nama isteri Charles Brooke ini berjaya menggerunkan musuhnya.

Tentera di dalam kubu ini dikatakan tak pernah melepaskan sebarang tembakan akibat serangan.

bangunan galeri brooke

Seperti kebanyakan penjajah, Brooke menggunakan pendekatan psikologi untuk menakut-nakutkan bakal penyerang.

Pada setiap hari, tembakan meriam akan dibuat bagi menandakan waktu tamat kerja dan menunjukkan kekuatan kelengkapan Brooke.

Selain menjadi kubu, ia juga digunakan sebagai tempat membunuh tawanan.

Kalau anda sampai kat sini, anda boleh tengok kawasan laman yang diguna untuk hukuman bunuh.

Dulu, kubu ini telah lama dibiarkan tanpa sebarang penyelenggaraan.

Nak ke sini pun susah.

Tapi sekarang dah ada galeri Brooke kat sini.

Galeri Brooke

Bila dah sampai kat sini, anda boleh masuk ke galeri Brooke dan baca kisah Rajah Putih Sarawak dari perspektif keluarga mereka.

Oleh sebab ia dibuat oleh pihak Brooke Trust (keluarga Brooke), apa yang kat dalam ini semuanya manis-manis dan baik-baik belaka.

Nampak sangatlah yang propaganda penjajah tak habis walaupun keturunannya tak lagi menjadi raja di sini.

Info tentang pencapaian Brooke boleh anda baca di 3 bilik yang disambung dengan tangga berputar.

Kalau anda nak tengok pemandangan dari atas kubu ini, anda boleh terus naik sampai ke bumbung.

Disebabkan tangga ini, ia tak sesuai untuk orang tua atau anak kecil.

Harga Tiket

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara105
Pelancong Asing2010
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 4 Jan 2024

* Anak bawah 7 tahun percuma

Waktu Operasi

Setiap Hari : 9 pg  4:45 ptg

Cara ke Fort Margherita & Galeri Brooke

Ambil bot dari Kuching waterfront sampai ke sini. Tambang cuma RM 2.

 

Jomjalan