Freeport A Famosa

Tarikan Percuma

(6 review)

Nak shopping barang branded kat Melaka? Singgah sini dulu.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
2 – 4 jam
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka

SHOPPING

Open Air

Freeport A Famosa ini dibuat sama macam JPO, Design Village ataupun Genting Premium Outlet.

Temanya bershopping sakan tak ingat apa.

Tempat ini 30 km dari bandar Melaka. Jadi kalau nak bershopping, rancang awal.

Datang ke sini mungkin menghabiskan banyak masa anda, hanya untuk travel (1 jam dari pusat bandar).

freeport a famosa

freeport a famosa

JENAMA

Middle Class

Pilihan brand di sini tak sebanyak di JPO atau Genting.

Dan jenama yang ada di sini adalah jenama untuk golongan middle class. Jadi kalau anda memang mencari jenama high end, anda bakal kecewa.

Apapun, tempat ini ada 70 kedai dengan jenama seperti Levi’s, Puma, Sketchers, Kickers dan Hush Puppies.

Potongan yang diletak ada sampai 80%.

Tarikan Lain

freeport a famosaYang menyebabkan tempat ini jadi tempat menarik mungkin juga senibinanya yang bertemakan kincir air.

Memang cantik.

Jadi ramai juga yang khas untuk bergambar, dan bukan membeli.

freeport a famosa

Kalau anda termasuk dalam golongan ini, datang awal sebelum kaki shopping mula menderu masuk.

Kalau nak merasa naik belon udara panas pun boleh.

Belon yang diikat ini akan bawa anda naik sehingga 100 kaki di atas tempat ini. Tapi harga tiketnya tak murah.

Masa post ini ditulis, harga tiketnya RM 100 seorang.

NOTA: Tempat murah nak naik hot air balloon kat Malaysia ialah kat Skyrides Putrajaya. Dan kalau nak naik belon yang tak ikat ke tanah, kat My Balloon Adventure (pun kat Putrajaya).

Tips Pelawat

  • Makan sebelum datang. Tempat makan di sini terhad kepada beberapa fast food (KFC, Marry Brown) dan food court. Dan kalau hari biasa, tempat makan tutup sekitar 7 malam.
  • Tol paling dekat ialah tol Simpang Ampat. Jangan lah pula keluar kat Ayer Keroh bang.
  • Tarikan terdekat dengan Freeport A Famosa ini ialah taman tema A Famosa Resort dan Kolam Air Panas Gadek. Maksudnya kalau anda memang mahu menginap di A Famosa Resort, tempat ini memang tempat yang boleh anda singgah sekali.
  • Parking di sini percuma (semasa post ini ditulis). Tapi disebabkan ia tak berbumbung, mungkin datang petang lebih baik.
  • Ada 2 tempat masuk ke Free port A Famosa. Boleh pilih ikut kesesuaian.
  • Tempat shopping ini terbuka. Aircond hanya ada dalam kawasan kedai. Pakai topi kalau datang tengah hari. Tahu-tahulah cuaca Melaka yang lit lit panasnya.
  • Freeport A Famosa ini juga dipanggil Melaka Premium Outlet. Jadi jangan pening pula cari Melaka Premium Outlet selepas penat shopping kat sini sebab nak jalan shopping lagi.

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat : 10 pg – 9 mlm Hujung Minggu : 10 pg – 10 mlm

6 review utk Freeport A Famosa

4.2
Berdasarkan 6 review
5 bintang
50
50%
4 bintang
16
16%
3 bintang
33
33%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-5 dari 6 review
  1. Tempat ni cantik weyyyyy. Kena datang. Tak beli pon takpe. Masuk percuma. Parking pon banyak. Percuma jugak.

    Klo malam mesti lagi lawa dgn lampu2 bagai. Kids friendly sbb ada tempat mainan. Kedai semua outlet yg berjenama, yg affortable pon ado.

    Kedai makan ada kfc, chicken rice shop n restoran peranakan. Gerai kecik untuk minuman n snek pon banyak. Klo sekadar nak ootd macam saya, memg ni tempatnya🀣🀣. Syurga dunia wanita- watson, ade gaiss.

    (0) (0)
  2. Harap boleh improve dari segi banyakkan tempat makan dan tempat duduk. Masa baru buka dulu rasanya ada food court tapi sekarang dah tak ada? Atau i yang tak jumpa, hahaha.

    And also got a big aeroplane for coach brand. Boleh masuk for free (as for may2023) untuk bergambar. Got discount if u wanna buy coach here.

    (0) (0)
  3. Parking banyak. Tandas bersih dan selesa. Surau pun selesa cuma takde telekung. Ada sejadah je. Tempat yang cantik πŸ₯°πŸ‘πŸ»

    (0) (0)
  4. Selesa sb Xramai org sgt weekdays. Ada kfc, zuss coffee.. tealive. Xsempat nk jelajah semua kedai. Parking luas selesa. Jalan utama pun x sibuk sgt.

    Yg best ada kapal terbang, masuk jamu mata jelah sb mahei nau🀭

    (0) (0)
  5. Panas lit lit yakmat!! Hahaha barang biashe2 jer. Takde la mcm JPO atau GPO. Tapi ok la utk cuci mata cuci poket. Saya dtg Rabu jadi lengang. Kedai makan tak banyak pilihan. Parking free. Cantik utk ootd.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Freeport A Famosa Freeport A Famosa
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)