Funtasy House Trick Art

RM15.00

Ipoh pun ada tempat gambar 3D yeop, tapi tak ramai yang tahu.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 90 min
Harga Tiket
Harga tiket adalah RM 15 dewasa dan RM 10 kanak-kanak
Lokasi
No. 16 Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak

Add to Cart
funtasy tricka art ipoh
Funtasy House Trick Art
RM15.00

LUKISAN 3D

Utk Kumpulan

Kalau setakat nak bergambar dengan lukisan 3D masa jalan-jalan cuti ke Ipoh, anda boleh jalan kaki masuk ke Funtasy House Trick Art yang ada dekat Koh Heng ini.

Dibuat dalam bangunan lama Ipoh, tempat ini tak sebesar mana.

Tapi berbeza dengan muzium 3D lain yang selalunya menggunakan pelukis Korea, tempat ini menggunakan pelukis tempatan.

Dan harganya lebih murah dari kebanyakan muzium 3D lain di negara ini.

funtasy house trick art

funtasy house trick art

BERGAMBAR

Masa Cuti

Macam biasa, muzium 3D biasa begini tempat nak posing dan bergambar.

Ada gambar 3D dan ada juga 2D dan jumlah semua lebih kurang 20 dengan macam-macam tema.

Tiket Funtasy House

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara1510
Pelancong Asing2520
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 12 Jan 2023

Tarikan Berdekatan

Disebabkan ia dekat dengan kawasan Old Town Ipoh, ia hanya seberang dengan Koh Heng Ipoh.

Boleh singgah ke BookExcess, Muzium Yasmin Ahmad dan Concubine Lane.

Tips Pelawat

Meletak kereta adalah satu nightmare di kawasan Funtasy House Trick Arts ini.

Sebabnya ia terhad dan selalunya penuh.

Alternatif lain ialah dengan letak kereta di kawasan seberang jalan (sekitar Masjid Negeri Perak atau padang Ipoh).

Kalau anda dah ke sini, boleh pekena cendol durian padang Kelab Ipoh.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Funtasy House Trick Art Funtasy House Trick Art
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)