PETTING ZOO
Dalam Maeps
Kalau ada yang dah pergi Expo MAHA, mungkin tahu yang masa expo ini banyak bintang, pokok, herba.
Dan selalunya kita ingat semuanya datang dan ada masa expo sahaja.
Jadi tak ramai tahu yang kat dalam MAEPS ini juga ada petting zoo.
Nama petting zoo ini G2G Animal Garden.


BINATANG LADANG
Boleh Pegang
Dalam kawasan G2G ada banyak binatang ladang.
Dari kambing dan arnab sampailah ke burung kasuari. Binatang yang orang pelihara untuk jadi pet macam hamster dan kucing pun ada.
Yang syoknya, tak macam zoo, binatang dalam G2G ini memang anda boleh pegang. Soalnya berani tak berani saja.
Kalau setakat kambing atau burung kakak tua tu tak mengapa lagi.
Tapi kalau yang macam Iguana dengan mukan sardin dan kuku runcing tu, sanggup letak atas tengkuk tak kak?
Staff friendly. Boleh minta ambilkan gambar dengan parrot.
Ada kambing nama zakwan, ada alpaca 3 ekor tak yah p cameron kalau nak main alpaca makanan sebekas 10rm. Capybara sombong
Tempat mesra kanak-kanak. Anak suka masuk cat house tu, rasa mcm x nk keluar dah. Nak bagi makanan dekat haiwan pun boleh, tapi kena beli makanan khas rm10 sebekas.
Sgt best.Bukan shj kanakΒ²,org dewasa pn happy.Byk jenis binatang dlm & luar negara.Yg bestnye mostly binatang yg ada sgt jinak cthnya capybara, raccoon, arnab, kucing, prairie dog, kambing dll.
Mula2 masuk ada makanan binatang yg dijual dgn harga RM10 = 1 cup. Dlm tu ada kuaci, hay, carrot yg blh diberikan utk binatang.
Antara binatang yg ada.Byk binatang yg import :
Meerkat, capybara, camel, landak, tupai, burung kasawari, emu, dll.
Blh bg mkn.Kerusi jg byk jk keletihan.Ada surau & toilet disediakan.luar pet zoo ada food court.Parking pun mudah.
Masa masuk dia akan bg sticker utk tampal kat baju.Selagi ada sticker tu, blh keluar masuk in case nk g mkn ke & blh masuk balik.
Pergi bercuti ke Cyberjaya jenguk Akak dah lama tak jumpa. Lepas tue bawa anak buah ke tempat ni sekali.
Hampir semua haiwan dekat sini boleh diberi makan dan dibelai.. ada burung, kambing, unta , kucing dan banyak lagi.
Anak buah suka dengan semua haiwan yang ada dan memang seronok. Berbaloi sangat bawa diorang pergi sini. Harga tiket pon berpatutan dan tempat bersih .
1. Tempat yang sesuai untuk aktiviti bersama anak anda, jika mahukan mini zoo yang tidak terlalu besar.
2. Tempat letak kereta tersedia hanya dihadapan pintu masuk, jika hari cuti mungkin penuh, tetapi masih meletakkan kenderaan anda di kawasan sekitar.
3. Pekerja yang ramah, sudi melayani pertanyaan pengunjung.
4. Kawasan yang bersih dan dijaga dengan baik. Haiwan2 juga seperti dijaga sebaik mungkin – cuma nampak unta, ada luka dileher mungkin sebab ia suka gesel dengan pagar/palang.
5. Berpeluang pegang ular sawa albino – tidak pasti ianya rutin atau kebetulan hari kami kunjungi.
6. Makanan dan minuman ringan ada dijual di dalam, dengan harga patut.
7. Terdapat kedai cenderahati juga di pintu masuk/keluar yg boleh menjadi ingatan buat anak ada.
8. Perkhidmatan fotografi juga ada – terpulang sama ada anda ingin memotretkan kenangan bersama keluarga dengan frame bertemakan G2G – harga berasingan.
9. Jika anda ingin melihat harimau, singa, gajah atau badak sumbu – ianya tiada disini
10. Secara keseluruhan, tempat ini menepati jangkaan kami.