Dalam galeri 30,000 kaki persegi kat Bukit Bintang ini, anda boleh masuk dan ambil tahu semua fasala batik.
Ada baju, sapu tangan sampailah ke demonstrasi dan kelas kalau nak belajar jadi tukang batik untuk dua, tiga jam.
Kalau ada assignment paper kena buat, boleh juga tanyakan soalan kat kakitangan sini. Depa tau dua tiga bahasa, sebab ramai pelancong asing yang datang sini, jadi boleh juga kalau anda nak interview guna bahasa Jepun.
Kalau nak beli batik pun tak ada masalah. Ada banyak jenis hasil batik & kraftangan yang depa jual.
Kalau tangan dah rasa naik gatal-gatal sebab nak canting, pun tak ada masalah.
Ada kelas boleh anda tempah. Cuma, kena lah tempah awal.
Sessi mencanting bermula dari RM60 seorang. Semua peralatan depa sediakan. Boleh call +603 – 2145 1133 kalau nak join.
Kalau yang terfikir nak book ini untuk kawan oversea, boleh book trip Batik & Batu Caves KL Tour ini. Senang sebab siap dengan tour guide dan trip pergi balik.
Tarikan KL Dengan Kelas Hands On
Kalau nak merasa buat pewter pula, anda boleh ke Royal Selangor dan ambil kelas hands-on School of Hard Knock nya.
Kalau anda nak tempat yang lebih dekat dengan bandar, boleh cuba ke Kompleks Kraf .
Harga Kelas
Jenis Kelas | Harga (RM) | Masa (Minit) |
---|---|---|
Mewarna Batik | 30 (Cotton) | 45 |
Face Mask Batik | 60 (Cotton) | 60 |
Standard Melukis Batik | 60 (Cotton) | 60-90 |
Book Kelas Batik | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 26 July 2022 |
Waktu Operasi
Hari Biasa : 9:00pg to 5:30ptg
Hujung Minggu/Cuti : 9:00pg to 5:00ptg