Galeri Demang Abdul Ghani

RM3.00

Nak tengok rupa rumah pembesar Melayu yang umurnya lebih 150 tahun? Datang ke Merlimau.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
15 – 30 min
Harga Tiket
Harga tiket ke Galeri Demang Abdul Ghani adalah RM 3 utk dewasa dan RM 2 kanak-kanak utk warganegara Malaysia
Lokasi
Taman Merlimau Jaya, 77300 Melaka, Malacca

Add to Cart
galeri demang abdul ghani melaka
Galeri Demang Abdul Ghani
RM3.00

SENIBINA MELAYU

Luar Bandar Hilir

Galeri Demang Abdul Ghani ini dalam 25 km dari tengah bandar Melaka.

Jadi kalau nak tengok, memang kena memandu keluar dalam 45 minit.

Apapun, ini antara rumah Melayu Melaka yang paling cantik, dan masih elok terpelihara yang ada dalam negeri Melaka ini.

Dan sekarang dah dijadikan muzium.

galeri demang abdul ghani

galeri demang abdul ghani

SENI

Orang Dulu

Rumah dengan gaya seni bina campuran Palembang, Champa dan Cina ini adalah antara 20 rumah Melayu Melaka yang diletak dalam senarai 20 Rumah Warisan Melaka.

Dan ia juga diwartakan sebagai bangunan Warisan di bawah Akta Warisan.

Tiket Galeri

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara32
Pelancong Asing53
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 21 Sep 2021

Waktu Operasi

Tutup Isnin
Selasa – Ahad : 9 pg – 5:30 ptg

Sejarah

Demang Abdul Ghani membina rumah pusaka ini pada 1831. Tak lama selepas itu, beliau dilantik menjadi penghulu, menggantikan ayahnya Abdul Majid. Mereka ini asalnya dari Palembang.

Disebabkan beliau penghulu, rumah ini bukan sahaja menjadi tempat kediaman. Tapi juga tempat mesyuarat dan pusat pentadbiran setempat.

Kiranya kalau macam cerita Melayu dulu, ini tempat orang kampung datang mengadu β€” kes curi ayam, kes tanah, dan apa saja hal setempat. Tak macam sekarang.

Sekarang, peranan ketua kampung tak macam dulu. Siapa ketua kampung pun kita tak kenal adohai!

Senibina

Rumah yang dikatakan dibuat tanpa paku ini cukup cantik, sampai ada yang menggelarkannya istana Merlimau.

Bila anda kat sini, anda akan nampak ukiran 2 naga β€” Ang Ling (Naga Merah) simbol kuasa dan wang manakala Eng Ling (Naga Emas) pula simbol perlindungan. Atapnya pun menggunakan atap Cina.

Rumah ini bukan sahaja penuh ukiran pada kayunya, tapi juga penuh dengan seni, dan warna warni pada marmarnya.

Kayu yang digunakan bukan kayu seperti sekarang. Semuanya jenis tahan lasak seperti merbau dan cengal.

Disebabkan istana Melaka tak lagi ada, rumah ini menjadi sedikit contoh kediaman seorang pembesar.

Dan kalau ini contoh rumah seorang Demang, ada satu kemusykilan.

Anda setuju tak dengan rupa replika Istana Melaka yang dibangunkan ada sekarang?

Pelbagai Nama

Pada 2006, nama bangunan ini didaftarkan sebagai rumah Penghulu Md Nattar (anak pemilik asal).

Sebab nak pastikan rumah Melayu ini kekal, Muzium Melaka akhirnya buat keputusan untuk ambil alih rumah ini (tapi rumah, tanah kekal milik keluarganya). Sebelum itu, kerajaan sudah belanjakan RM 2 juta khas untuk baikpulih nya kepada apa yang ada sekarang.

Dan selepas diambil alih, ia dipanggil Galeri Demang Abdul Ghani. Apa maksud Demang? Itu nama lain bagi penghulu.

Jadi Rumah Penghulu Natar, Istana Merlimau, Rumah Merlimau atau Galeri Demang Abdul Ghani semua merujuk kepada rumah ini.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Galeri Demang Abdul Ghani Galeri Demang Abdul Ghani
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)