BELAJAR SEJARAH
Kesultanan Selangor
Ini tempatnya kalau anda nak belajar sejarah Kesultanan Selangor.
Kat sini fokusnya ialah era pemerintahan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Ada info tentang zaman kecil baginda sehingga sampai ke waktu beliau menjadi Yang diPertuan Agong ke 11.
BANGUNAN KOLONIAL
The White House
Kat sini juga ada artifak, dan barangan kebesaran baginda Sultan — dari pedang dan pingat kebesaran sampailah ke replika mahkota raja.
Hadiah yang baginda terima dari luar negara pun ada.
Untuk anda yang memang tak boleh balik tanpa bergambar, bangunan kolonial yang juga digelar “The White House” ini pun cantik untuk IG.
Best! Macam-macam belajar dari segi sejarah Selangor dan Almarhum Sultan A. Aziz. Banyak barang2 peribadi Almarhum Sultan .Terima kasih sudi kongsi bersama rakyat.
Staf sangatlah knowledgable dan membantu. Bangunan OKU dan stroller friendly. Masuk percuma. Ada audio guide disediakan secara percuma. Best la. Saya bagi 5 bintang.
Seronok kanak-kanak tadika Annajiya dtg sini. Ada harimau besar, ada basikal tua..
Galeri terbaik hasil buah fikiran Sultan Abdul Aziz. Koleksi peribadi yang sangat menarik untuk tontonan orang awam. Cuma jumlah kehadiran pelawat amatlah sedikit walaupun kemasukan percuma.