galeri padi sekinchan

Kredit : nabilahzaidee

Galeri Padi Sekinchan

Masuk kilang padi, tengok proses beras dihasilkan dengan mata sendiri.

Ini antara tempat kat dalam Malaysia yang beri anda peluang masuk dan tengok kilang padi.

Ia ada tempat memproses padi dari beras yang dituai sampailah ke proses masuk ke guni dan naik lori.

Kredit : jennycmy80

Tapi lawatan anda ke sini sepatutnya tak lama.

Sebab ia cuma kilang beras dan kawasan yang kecil saja.

galeri padi sekinchan

Kredit : nakjalanmana

Masuk Sawah Padi

Kredit : siperkusinis

Kat sini ada sawah padi. Boleh masuk dan bergambar.

Tapi kalau tak suka kotor kasut, ada juga sampel pokok padi kat tepi kilang ini.

Bolehlah tengok macam mana rupanya kalau-kalau nak anda tak pernah tahu.

Bila Bulan Cantik Bergambar?

galeri padi sekinchan

Kredit : niksuriati_

Nak bergambar kat sawah padi Sekinchan? Cari bulan yang betul untuk datang.

Waktu sawah berwarna keemasan ialah semasa waktu ia sedia dituai.

Padi kat Sekichan dituai 2 kali setahun. Sekali pada pertengahan tahun (May, Jun) dan sekali lagi pada hujung tahun (Nov, Dec).

1 – 2 bulan sebelum tarikh ia dituai, sawah akan menghijau pula.

Ini waktu-waktu sawah penuh dengan padi dan cantik untuk IG.

Harga Tiket

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara55
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 11 Jan 2024
Jomjalan