KEBANGGAAN RAKYAT
Sultan Terpelajar
Di sini anda bukan sahaja boleh melihat barangan peribadi pemerintah, tetapi belajar sejarah kehidupan mantan sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Berbeza dengan sultan-sultan lain di Malaysia, beliau terkenal sebagai antara sultan paling terpelajar dan mahir dalam hal ehwal undang-undang.
Beliau bukan sahaja seorang sultan, malah juga menyandang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara termuda di negara ini.
Beliau melepaskan jawatan kehakiman tertinggi di negara ini apabila dilantik menjadi sultan Perak, menggantikan sultan Perak yang mangkat ketika itu.
KOLEKSI DIRAJA
Dari Kecil
Di dalam bangunan yang merupakan bekas istana ini, anda dapat melihat pelbagai koleksi dan sejarah berkenaan Sultan Azlan. Ia bermula dari daripada waktu persekolahannya, karier beliau sebagai pengamal undang-undang serta minat mendalam beliau terhadap sukan hoki.
Anda juga dapat melihat cop mohor sultan, alat kebesaran seperti koleksi keris sehinggalah kereta diraja dan kereta peronda yang digunakan dalam gerombolan beliau.
Jika anda ingin tahu apa jenama beg atau kasut yang dipakai oleh seorang Sultan — anda wajib datang ke sini.