Gardens By The Bay

Nak jalan-jalan kat taman yang ada aircond? Jom jalan ke Gardens By The Bay Singapore ini.

tempat menarik wajib di spore - gardens by the bay

Merupakan taman terbesar di negara ini, taman seluas 100 hektar dan mengadap teluk ini mempunyai beberapa dome yang menyimpan koleksi tumbuhan dan jambatan tertutup yang cukup mengujakan — sesuatu yang unik dari banyak taman-taman lain di dunia.

Di taman ini anda boleh bersiar-siar percuma di kawasan terbuka sambil bergambar dengan SuperTrees atau masuk ke dalam dome berbayar yang sejuk untuk melihat tumbuhan dari seluruh dunia.

Jika anda sukakan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan dan mahu melihat pemandangan indah kota dari tepi teluk, jangan lepaskan peluang ke sini – tidak kiralah samada datang sendiri atau menggunakan pakej.

Tips Pengunjung

Anda boleh datang pada waktu malam dan melihat persembahan lampu di Supertrees pada pukul 7:45 dan 8:45 malam

Jangan lupa menaiki OCBC Skyway untuk melihat pemandangan teluk dari ketinggian 22 meter di udara. Tiket dari SGD5 (~RM15.14).

Harga Tiket

Percuma untuk taman terbuka
Tiket untuk satu Conservatories/Dome

 DewasaKanak-KanakWarga Emas
Pelancong Asing12 (~RM36.34)8 (~RM24.23)8 (~RM24.23)

Waktu Operasi

Conservatories
Setiap Hari : 9 pg – 9 mlm

Taman luar
Setiap Hari : 2 pg – 5 pg

Apa Lagi Yg Best Kat Singapore?

Tempat menarik lain kat Spore
Promosi tarikan & flight ke Spore