Genting Premium Outlets

Tarikan Percuma

(3 review)

Jom masuk kat premium outlet paling sejuk dalam Malaysia!

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1-3 jam
Harga Tiket
Percuma.
Lokasi
Genting Premium Outlets, Sky Central Genting

2 TINGKAT

150 Kedai

Premium outlet kat kaki Genting ini dibuka pertengahan 2017. Yang kat sini dibuka sebab yang kat Johor berjaya. Ownernya sama. Towkay Genting.

Kat sini, bangunan kedainya 2 tingkat. Dan walaupun ruang legarnya kat luar, tak macam di Johor atau Penang, ia lebih selesa sebab cuaca terasa mendung sentiasa.

Dan berbanding premium outlets lain kat Malaysia, sini lebih ramai pelancong luar.

Bagi kaki shopping, 150 kedai yang ada kat sini rasanya cukup, dan lebih baik dari Mitsui.

genting premium outlets

genting premium outlets

BANYAK DISKAUN

Untuk Anak

Untuk bajet sederhana, ada Cotton On, Soda sampai ke kedai kasut macam Vincci. Dan untuk yang nak betul berbelanja , ada butik Coach dan Armani.

Diskaun yang anda boleh jimat kat sini, selalunya dari 25% sampai 65%. Tunggu promosi masa cuti dan hujung minggu kalau nak jimat lebih.

Untuk tak bagi anak kecil anda bosan, ada kawasan bermain dan juga train buat mereka pusing kawasan shopping sekejap.

KEDAI MAKAN

Food Court

Kalau nak makan, banyak beberapa fast food kat sini, macam Burger Kings dan Marrybrown. Ada juga food court yang sederhana besar kat sini kalau nak cari nasi campur.

Senang cerita, untuk berjimat shopping, memang bagus datang. Lagipun kalau naik bas dari KL, tak mahal mana.

Cuma kalau datang dengan kereta, parkingnya tak murah.

genting premium outlets

Lokasi

Genting Premium Outlet ini letaknya kat Stesen Awana Sky Sentral, kat kaki Genting.

Maksudnya, kalau hanya nak ke sini, anda tak perlu pun naik kereta kabel atau memandu sampai ke puncak Genting.

Naik bas balik hari pun boleh.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 10 pg – 10 mlm

Cara Ke Sini

Bas

Boleh naik di Pudu Sentral, KL Sentral, One Utama atau LRT Putra Gombak.

Kereta

Naik ke Genting, ambil susur keluar 803A

Skyway

Kalau anda sudah di puncak, trip naik Skyway dari Resorts World ke sini cuma 10 minit.

3 review utk Genting Premium Outlets

5.0
Berdasarkan 3 review
5 bintang
100
100%
4 bintang
0%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-3 dari 3 review
  1. Tempat membeli belah yang menawarkan pelbagai jenis pakaian, kasut, jam tangan, kedai makan, peralatan sukan dan kedai-kedai makan.. harga barangan jauh lebih murah berbandingkan tempat lain..

    (0) (0)
  2. Tempat luas, parking lot banyak. Ada playground untuk kanak-kanak. Tandas bersih. Banyak pilihan shoplot. Sesuai untuk bawa keluarga datang membeli belah di sini.

    (0) (0)
  3. GPO – best dtg bila weekdays takde org sangat haha. Harga some kedai masuk akal murah dia. Options depends your luck. Overall, for me nak healing2 rasa sejuk2 ok je dtg GHPO ni. 😁

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Genting Premium Outlets Genting Premium Outlets
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)