Ada Diskaun

Genting Skyworlds

Original price was: RM189.00.Current price is: RM126.00.

(6 review)

Jom layan taman tema paling sejuk, paling tinggi dalam Malaysia.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
2 – 5 jam
Harga Tiket
Harga tiket walk-in bermula dari RM 189 dan RM 161 kanak-kanak utk hari Isnin – Khamis
Lokasi
Genting Highlands Outdoor Theme Park, Genting

Add to Cart
skyworld theme park genting screaming
Genting Skyworlds
RM189.00 Original price was: RM189.00.RM126.00Current price is: RM126.00.

TAMAN TEMA

Bersaiz Besar

Skyworlds Genting ini taman tema terbaru Malaysia untuk 2021.

Dan sebab kat Genting, ia juga yang paling sejuk nanti.

Saiz taman tema Genting ini memang besar — sama macam 19 padang bola.

genting skyworlds

genting skyworlds

INDOOR & OUTDOOR

Banyak Ride

Jadi satu hari masuk pun belum tentu dapat naik semua ride.

Dalam Skyworlds Genting ini ada 9 kawasan outdoor dengan 26 rides yang anda boleh naik dan layan.

Jadi kalau tak cukuplah Skytropolis yang dalam bangunan, boleh enjoy tarikan terbaru Genting yang kat luar ini pula.

Tiket Genting Skyworlds

Harga Promo

Harga Promo Online
Diskaun
28%Tempah

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Off Peak
Warganegara189161
Peak
Warganegara219191
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 4 Sep 2023
Peak adalah hari Jumaat, Sabtu, Ahad & cuti umum

Studio Plaza

Ini tempat pertama yang anda akan lalu — kawasan lobi dengan tema movie.

Kat sini ada cafe Starbucks untuk mulakan hari.

Dan juga ada carousel pertama yang anda akan jumpa kat taman tema ini.

Central Park

genting skyworlds

Ini kawasan paling besar dalam Skyworlds.

Kat sini anda boleh layan 3D ride kat Nights of the Museum atau selamatkan bumi dengan Global Defender dan Independence Day.

Kalau lapar, boleh makan lauk Itali, fish n chips atau minum kopi.

genting skyworlds

Kalau perut nak nasi, sini juga ada Cosmic Cafe. Boleh dapat nasi lemak atau nasi kandar.

Kat area central park ini juga tempat anda beli cenderamata. Tak kisahlah mainan, t-shirt atau key-chain nak di bawa balik.

Tarikan

genting skyworlds

Ice Age

Kawasan dengan tema siri animasi Ice Age ini ada 4 ride. Dan memang kawasan untuk family.

Yang kecil boleh main kat playground, dan yang nak layan rollercoaster boleh naik Acorn Adventure.

Kalau masih nak rasa ais krim dan ais kacang walaupun dalam cuaca sejuk Genting, kat sini tempatnya.

Rio

Jom layan vibe samba Brazil kat sini.

Kalau tak berani naik 3 ride yang ada — carousel, tea cup dengan hang glider yang tinggi menggayat, anda boleh layan lagu dan penari Brazil kat kawasan ini.

Robots Rivet Town

Untuk mak ayah dengan anak lelaki kecil, ini antara tempat boleh layan sebab ridenya mesra keluarga.

Kawasan ini dibuat berdasarkan movie animasi Robots.

Epic

Ini untuk yang nak masuk alam fantasi bunian orang putih. Ada 2 ride kat sini.

Yang Epic Voyage to Moonhaven bolehkan anda naik bot layan kawasan alam fantasi yang ada special effect.

Andromeda Base

genting skyworlds

Ini memang kawasan ride angkasa lepas.

Boleh naik Air Fighter Pilot kalau nak rasa naik fighter jet dan nak rasa laju hampir 5G.

Kalau suka mainan jenis tower, boleh naik Terraform Tower Challenge untuk dijatuhkan dari menara, dan gugur jantung dengan anak isteri.

Race to Victory

Ini khas untuk abang akak rider sekalian. Kat sini boleh naik roller coaster motor pertama kat dunia.

Layan berdua, pusing jalan dengan view Amerika.

Kat sini ada juga tempat beli cenderamata — macam barang Harley Davidson.

Booking System

Ini taman tema pertama Malaysia yang bakal dibuat dengan sistem dari Alibaba.

Sistem ini buat nak naik ride, boleh book dulu dengan app Genting SkyWorlds’ VQ.

App ini akan tunjuk berapa lama waktu menunggu, apa ride yang kurang orang dan juga beri cadangan apa nak buat sementara anda tunggu.

Jadi kuranglah masa nak beratur dan pusing tak tentu hala.

6 review utk Genting Skyworlds

3.8
Berdasarkan 6 review
5 bintang
33
33%
4 bintang
33
33%
3 bintang
16
16%
2 bintang
16
16%
1 bintang
0%
1-5 dari 6 review
  1. Tak berbaloi untuk beli tiket skyworld. Klu berminat naik extreme rides better beli tiket skytropolis shj atau kumpul duit lebih sikit untuk ke theme park negara lain.

    (0) (0)
  2. Beli online, low peak at RM126 only. Boleh main semua. Ada dlm 3-4 rides je tak available.

    Low peak dari sunday-thursday. Peak friday & Saturday.

    Pergi hari ahad jam 11 pagi mmng tak ramai.

    Genting bagi 3 kali reservation no need to queue. Pakai sekali je. Lagi 2 tak pakai sbb tak ramai sangat. For me sangat worth ya.

    (0) (0)
  3. Parking – Kami parking di Resort Hotel (tak salah) berdepanan dengan theme park. Parking agak sempit ye sebab bangunan lama. Kena hati2 sedikit. Masuk dengan TNG. Rate tak ingat. Boleh naik dengan kereta kabel juga.

    Tiket – Banyak cara boleh beli tiket. Direct website Genting atau website lain seperti Klook, Traveloka. Kami guna direct Genting. Harga warganegara RM 120+. Kalau anak pahang boleh dapat diskaun lebih kalau mengikut website. Boleh keluar masuk seharian jika nak keluar untuk makan. Cuma scan qr tiket yang diberi.

    Permainan – Jika yang sukakan lasak dan berani, banyak permainan yang ada. Jika bawa budak, cuma ada sedikit sahaja permainan yang dapat main. Ada juga tempat yang tutup untuk penyelenggaraan. Banyak juga tempat untuk ambil gambar. Perarakan dan persembahan menarik. Ada apps untuk ‘fast lane’. Sangat membantu untuk permainan yang ramai orang. Boleh tempah slot dan letak masa. Dalam 15 minit tak datang slot akan terbatal

    Makanan – Ada gerai2 korea, roti canai, hotdog, kentang fries dan macam2 lagi. Harga makanan dalam theme park memang mahal. Ada set sekali air.

    Kemudahan – Bilik air bersih. Ada surau

    Keseluruhan – Mungkin akan datang semula jika permainan bertambah

    (0) (0)
  4. Disyorkan beli tiket online..
    Seronok, tempat menarik..
    Datang awal, banyak tempat boleh explore..
    Masa menunggu bergantung ramai atau tak..
    Seeloknya guna virtual queue (VQ) bagi permainan yang waiting time lebih dari 10minit.

    Yang best
    1) Andromeda Base – Terraform Tower Challenge
    2) Central Park- independence Day
    3) Ice Age – Acorn Adventure
    4) Rio – Samba Gliders
    5) Epic – Voyage To Heaven (Bawak Raincoat)

    (0) (0)
  5. Kalau datang sini, make sure check genting weather dulu. Kalau ramalan hujan, beli baju hujan siap2. Kat sini ada jual baju hujan, tapi RM40 satu.

    Kalau plan nak main, then better korang beli tiket online guna skyworld app. Mudah dan cepat, main sepuasnya berkali-kali 😆.

    Some of permainan tak beroperasi kalau hujan. Kalau nak datang tengok salji, percuma dari pukul 6pm. Tapi ni during Christmas season je la (2022).

    Overall best spend time dengan friends and family, at least try sekali.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Genting Skyworlds Genting Skyworlds
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)