Tentang Tarikan Ini :
Gereja kedua terbesar di Istanbul yang juga dipanggil orang tempatan sebagai Aya Irini pernah dijadikan tempat simpanan harta rampasan perang oleh askar Turki. Pada zaman itulah juga, tangga dan ukiran pada pagar dibuat.
Sejak 1700, ia tidak lagi digunakan sebagai gereja tetapi ditukar menjadi muzium pertama di negara ini. Namun begitu, sekarang ia telah dijadikan tempat peminat muzik berkumpul untuk mendengar muzik klasik dan muzik bertaraf dunia lain dimainkan di dalamnya.
Tips Pengunjung
Jika anda ingin kesini, anda perlu mendapat kebenaran rasmi dari pengarah Muzium Hagia Sophia.
Tidak seperti tarikan lain di sekitarnya, dalamnya kosong. Jadi hanya masuk jika anda telah habis melihat semua tarikan wajib pergi di Istanbul.
Waktu Operasi
Tutup Pada Hari Isnin
Selasa – Ahad : 9pg – 7mlm
Harga Tiket
Lira [currency base=”TRY”]20[/currency]
Kredit : Ibrahim Arab, Roger W, Alex Malevv