glow putrajaya glamping

GLOW Putrajaya

Ini tempat glamping khas kat Wetland untuk layan langit terbuka

HargaCouple Tent (RM)Quad Tent (RM)
GLOW Glamping158++238++
Semak Harga Terkini
Harga dikemaskini sehingga : 31 Oct 2022

Untuk anda yang suka outdoor, Putrajaya ada tapak rasmi untuk anda camping dalam kawasannya.

Namanya Glow – Glamping @ Wetland Putrajaya.

Tapak perkhemahan ini sudah siap dengan khemah, katil yang selesa untuk semua.

dalam khemah glow putrajaya

Tak kisah samada anda remaja, sudah berusia atau nak bawa anak kecil rasa camping kali pertama.

Anda tinggal datang bawa badan saja.

buffet glow putrajaya

Lagipun camping kat sini datang dengan pakej.

Jadi selain anda tidur dalam khemah selesa yang disediakan mereka, makan pagi sampai BBQ dinner tersedia.

bbq glow putrajaya

Makan minum secara buffet dan halal makanannya.

Dan pakej ini juga beri anda akses percuma ke Challenge Park Putrajaya.

Bolehlah sambung adventure anda kat sana.

Fasiliti kat Glow Putrajaya

dalam kawasan glow putrajaya

Untuk anda yang tak pernah berkhemah, jangan risau.

Ini glamping dan bukannya camping biasa macam masuk hutan penuh adventure.

Kat sini, selain khemah yang siap ada aircond, nak ke bilik air pun ada tandas tersedia.

Nak solat, surau dekat saja.

Jadi bolehlah acah-acah adventure untuk mereka yang nak rasa suasana outdoor sekali sekala.

panah glow putrajaya

Dan perfect untuk orang baru nak berjinak-jinak dengan dunia adventure.

main glow putrajaya

Dalam kawasan ini juga ada ATV, basikal, tempat memanah, trampolin dan juga kawasan unggun api.

Bolehlah lepak dan buat aktiviti.

basikal glow putrajaya

Bila malam ada night trail untuk anda ronda kawasan wetland ini dan layan suasana tepi tasik untuk memori dengan member yang datang sekali.

Berapa Banyak Khemah?

Untuk fasa pembukaan ada 10 khemah glamping kat sini.

unggun api glow putrajaya

Dan kalau dapat sambutan akan ditambah lagi.

Bagi mereka yang memang selalu buat aktiviti dalam hutan, mereka boleh pacak khemah sendiri juga kat kawasan wetland ini.

Harga

HargaCouple Tent (RM)Quad Tent (RM)
GLOW Glamping158++238++
Semak Harga Terkini
Harga dikemaskini sehingga : 31 Oct 2022

JomJalan Seluruh Putrajaya

Senarai tarikan best di Putrajaya
Promo hotel, tarikan Malaysia

Jomjalan