Gold Coast Melaka

RM35.00

Cari taman air dalam kawasan resort? Gold Coast Melaka ini memang tempat menarik untuk kanak-kanak bang.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1-3 jam
Penting
Status pembukaan taman tema air ini untuk bukan tetamu tidak dapat dipastikan. Laman web serta FB nya samada telah luput atau tiada update.
Harga Tiket
Tiket bermula dari RM 35 dewasa dan RM 25 kanak-kanak
Lokasi
Lot 44 Jalan Wakaf Utama Off Jalan Tun Hamzah, Malacca, Malaysia

Ditutup sementara / kekal

MAIN AIR

Untuk Anak Kecil

Untuk anda yang ada anak kecil, dan hanya nak berehat atau sedang tercari-cari tempat untuk family day, ini salah satu alternatif yang ada di Melaka.

Taman Tema Air Gold Coast ini memanglah tak sehebat taman air kat Gold Coast Australia.

Tapi kolam air dan tempat mandi mandanya sudah cukup untuk buat anak anda mengamuk tidak mahu balik.

gold coast melaka

gold coast melaka

SIANG MALAM

Kawasan Apartmen

Kolam renang, jakuzi besar dan lain-lain permainan air semuanya ada di dalam kawasan yang dikelilingi apartmen (yang sayangnya kurang terjaga).

Kalau nak tidur di sini pun boleh. Pilih saja jenis apartmen yang sesuai. Bukan apa, anak mesti mahu berendam lagi walaupun sudah gelap.

Ya, kalau anda mahu tahu, pool tetap juga dibuka bila tiba waktu malam.

Tiket Gold Coast Melaka

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara3525
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 13 Jun 2018

Alternatif

Kalau anda tak minat Gold Coast Melaka ini, Bayou Lagoon ada di sebelah nya.

Kalau nak yang ada lebih pilihan, boleh ke A Famosa Resort, sebab ia ada taman air, safari dan cowboy town.

Cumanya tiket masuknya ke tempat-tempat ini lain harga.

Alternatif kedua ialah dengan menginap di hotel Melaka yang sesuai untuk family.

Hotel-hotel terpilih ini ada pool untuk anak anda.

Waktu Operasi

Sessi Siang : 8pg – 7mlm
Sessi Malam : 8mlm – 12tgh mlm

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Gold Coast Melaka Gold Coast Melaka
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)