Greenview Garden & Avant Chocolate

Tarikan Percuma

(5 review)

Makan aiskrim, bagi anak main kejap sebelum balik kat sini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 -45 min
Harga Tiket
Percuma. Tiket berbayar hanya untuk paddle boat, petting zoo dan aktiviti kanak-kanak lain.
Lokasi
Avant Chocolate, Kampung Raja, Tanah Rata, Pahang

KEK DAN KOPI

Rehat Sebentar

Untuk mereka yang datang atau balik dengan jalan Simpang Pulai, dan nak rehatkan kaki sekejap, anda boleh singgah kat Greenview Garden & Avant Chocolate ini.

Dua tempat ini ada sebelah menyebelah sahaja.

Greenview Garden bagus untuk anda bergambar, dan Avant Chocolate untuk anda layan kek dan kopi.

Tapi kedua-duanya kecil sahaja. Tak sebesar yang anda sangka dari gambar-gambar FB yang viral merata.

greenview garden & avant chocolate

Aktiviti

greenview garden & avant chocolate

Kawasan ini ada taman lavender dan strawberry. Kalau nak petik strawberry dengan selesa, ini antara lokasinya.

Untuk anak kecil, ada kolam mini di tengah taman kalau mereka nak main paddle boat.

Kalau takut basah, boleh boleh masuk ke kawasan mini petting zoo. Ada arnab, kambing dan bintang lain untuk dipegang dan diberi makan.

greenview garden & avant chocolate

Dalam kawasan taman ini ada kafe kecil. Untuk pengalaman bersantap di kawasan canitk ini, makan dan minum kat sini memang premium.

Untuk seorang, kena bajet sekurang-kurangnya RM 20.

Harga kopinya lebih tinggi dari di Starbucks.

Kek & Aiskrim

greenview garden & avant chocolate

Ini kawasan yang menjual kek dan coklat kat Cameron Highland.

Bolehlah singgah kalau rasa nak beli barang makanan kering macam kopi, teh atau coklat dibawa balik.

Untuk yang lalu jalan ini dan perut dah mula menjerit, ada kawasan makanan yang selesa untuk anda bersantap seadanya.

greenview garden & avant chocolate

Ada makanan Western, Jepun dan ada juga kek yang buat air liur meleleh.

Tapi bang, jangan terkejut tengok harganya lebih tinggi dari Secret Recipe.

Satu lagi, untuk anak-anak, yang viralnya ialah aiskrimnya yang ada macam-macam rupa dan rasa.

Boleh beli satu kalau anak tak ramai.

Status Halal

Ramai yang risau tempat layan kek dan kopi ini tak halal.

Kami pun risau benda yang sama.

Jadi kami nak beritahu yang ia ada sijil halal JAKIM sampai 2026.

5 review utk Greenview Garden & Avant Chocolate

4.8
Berdasarkan 5 review
5 bintang
80
80%
4 bintang
20
20%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-5 dari 5 review
  1. Tempat bergambar bersama keluarga..
    Suasana menenangkan, parking luas..

    Boleh beli buah dan sayur fresh.. Boleh try pergi kilang coklat dekat sebelah juga.. Toilet bersih.. boleh bagi makan burung, arnab,kambing,ayam & ikan

    (0) (0)
  2. Green view garden adalah tempat yang wajib u all pergi tau, sebab nak selfie pun banyak tempatΒ² yg menarik , selain tu u all boleh makan ais krim dan coklat yang ada jual di sana,

    (0) (0)
  3. Bagi orang muslim jgn risau ye ada surau, cuma…
    – tempat ambil wudhu kotor, banyak tanah & pasir
    – sejadah kurang bersih
    – ruang solat agak kotor
    – surau betul2 bersebelahan dgn tempat main air kanak2, jadi ada rasa bising budak2 menjerit.

    (0) (0)
  4. Tempat cantik , masuk free sesuai utk yg ade ahli keluarga ramai. Byk tempt ootd ,byk aktiviti mcm bagi kambing Makan to yg tu kena byr la. Ade cafe jugak , bersih makanan sedap yg best xramai org.

    (0) (0)
  5. Sebelum hadap jem. Isi perut dulu.

    Restaurant ada sijil halal dan taraf kebersihan A. Harga udon kimchi rm20++ portion banyak gak. Sedap masam-masam kimchi. Pedas sket. Nasi putih ayam grill rm20++ sedap black pepper sauce.

    Tandas 20 sen bersih dan banyak
    Masuk garden percuma

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Greenview Garden & Avant Chocolate Greenview Garden & Avant Chocolate
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)