tempat menarik extreme di kl selangor - gua damai extreme park

Gua Damai Park

Nak try abseiling, ziplining, caving? Tempat menarik di KL ini memang khas untuk aktiviti ekstrem.

Harga Pakej BiasaDewasa (RM)Remaja (RM)
Rock Climbing @ Top Rope100100
Fun Caving Tour6060
Zipline5050
Beli Pakej Gua Damai
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Jan 2023

Kalau anda jenis suka aktiviti yang mengepam adrenaline dan nak kerah keringat memanjat, boleh ke Batu Caves dan cari Gua Damai Extreme Park.

Jangan risau, kita semua mula dari zero.

Jadi kalau anda beginner yang teruja bila tengok orang panjat dinding gunung macam senang saja, kat sini boleh mula.

Ada pakej untuk mereka yang tak tahu apa-apa.

Yang penting, bawa semangat waja.

kawasan memanjat gua damai batu caves

Orang baru boleh cuba Rock Climbing @ Top Rope.

Akan ada guide yang ajar anda, dan semua kelengkapan dari tali kepada helmet dan harness diberi untuk panjat nanti.

Masa diambil dalam 3 jam, dan anda boleh panjat dengan 120 jalan ke atas.

abseiling gua damai batu caves

Untuk aktiviti ekstrem ini, walk-in seorang diri pun boleh.

Kalau tak larat memanjat, boleh layan zipline.

Anda akan mula dari kawasan Gua Crystal dan meluncur turun ke sampai bawah.

Rock Climbing Berkumpulan

Untuk yang nak aktiviti kat dalam gua, abseiling atau buat aktiviti yang lagi lama kat sini, memang kena datang dengan member.

Sebab banyak yang perlu 6 atau 10 orang dalam satu aktivitinya.

group gua damai extreme park

Tapi lagi best lah datang ramai dari sengih seorang tengok gua kan?

group perempuan gua damai

Aktiviti Berkumpulan Lain

Aktiviti mencabar ini bukan untuk yang aktif atau umur dewasa saja.

Kalau aktiviti mencabar jenis seronok-seronok, dan bukan memanjat dinding, boleh juga buat jungle trekking masuk ke dalam gua-gua kat kawasan ini.

gua damai extreme park budak budak

Umur seawal 6 tahun pun boleh ikut.

Tapi ada jumlah minima peserta yang wajib ada untuk setiap tripnya.

Jadi sesuai untuk datang dengan member, geng sekolah atau keluarga.

Kursus Memanjat

Kalau anda sudah teruja, dan memang nak serious dengan sukan lasak ini, masuk kelasnya.

Ada kelas bayar bulan, dan ada yang kursus pendek beberapa hari.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 8:30 pagi – 6 ptg

Tarikan Hampir Sama

Untuk yang nak memanjat tapi lebih selamat, dan nak shopping pula lepas itu, bolehlah cuba wall climbing indoor dalam mall.

beast park sungei wang kl wall climb

Ada banyak dalam KL, contohnya macam Camp 5 yang ada beberapa cawangan dalam Malaysia, macam satu dalam mall 1Utama.

Dan kalau memang nak shopping sakan dan memanjat, boleh plan untuk pergi ke Beast Park kat Sungei Wang.

Ini kat Bukit Bintang, boleh sakan lah dengan kawan-kawan.

Nak senang, kami sarankan pilih saja hotel yang dibuat dalam mall area Bukit Bintang.

Aktiviti Lasak Lain

Kami ada kumpulkan senarai aktiviti lasak lagi mencabar dalam area KL dan Selangor.

Boleh juga jenguk kalau-kalau ada yang anda nak merasa.

Harga Tiket

Harga Pakej BiasaDewasa (RM)Remaja (RM)
Rock Climbing @ Top Rope100100
Fun Caving Tour6060
Zipline5050
Beli Pakej Gua Damai
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Jan 2023

JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL
Jomjalan