Tiket Gua Damai Park

RM160.00

(4 review)

Nak try abseiling, ziplining, caving? Tempat menarik di KL ini memang khas untuk aktiviti ekstrem.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 3 jam
Harga Tiket
Harga tiket di sini bermula dari RM 50 (zipline) manakala RM 160 utk rock climbing
Lokasi
Kampung Melayu Wira Damai, 68100 Batu Caves
Add to Cart
gua damai climb
Tiket Gua Damai Park
RM160.00

AKTIVITI EKSTREM

Tengah Bandaraya

Kalau anda jenis suka aktiviti yang mengepam adrenaline dan nak kerah keringat memanjat, boleh ke Batu Caves dan cari Gua Damai Extreme Park.

Jangan risau, kita semua mula dari zero.

Jadi kalau anda beginner yang teruja bila tengok orang panjat dinding gunung macam senang saja, kat sini boleh mula.

Ada pakej untuk mereka yang tak tahu apa-apa.

gua damai park

BERPANDU

Pelbagai Pilihan

Akan ada guide yang ajar anda, dan semua kelengkapan dari tali kepada helmet dan harness diberi untuk panjat nanti.

Masa diambil dalam 3 jam, dan anda boleh panjat dengan 120 jalan ke atas.

Untuk aktiviti ekstrem ini, walk-in seorang diri pun boleh.

Kalau tak larat memanjat, boleh layan zipline.

Anda akan mula dari kawasan Gua Crystal dan meluncur turun ke sampai bawah.

KELAS

Untuk Serius Jadi Hobi

Kalau anda sudah teruja, dan memang nak serious dengan sukan lasak ini, masuk kelasnya.

Ada kelas bayar bulan, dan ada yang kursus pendek beberapa hari.

Tiket Gua Damai

Harga Promo

Tiket Promo Online
Kadar Diskaun
5%Tempah

Harga Tiket Walk-In

Harga Pakej Biasa (RM)DewasaRemaja
Rock Climbing @ Top Rope160160
Adventure Caving100100
Zipline5050
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 10 Feb 2025

Aktiviti Berkumpulan

Aktiviti mencabar ini bukan untuk yang aktif atau umur dewasa saja.

Kalau aktiviti mencabar jenis seronok-seronok, dan bukan memanjat dinding, boleh juga buat jungle trekking masuk ke dalam gua-gua kat kawasan ini.

Umur seawal 6 tahun pun boleh ikut.

Tapi ada jumlah minima peserta yang wajib ada untuk setiap tripnya.

Jadi sesuai untuk datang dengan member, geng sekolah atau keluarga.

Alternatif Lain

Untuk yang nak memanjat tapi lebih selamat, dan nak shopping pula lepas itu, bolehlah cuba wall climbing indoor dalam mall.

Ada banyak dalam KL, contohnya macam Camp 5 yang ada beberapa cawangan dalam Malaysia, macam satu dalam mall 1Utama.

Dan kalau memang nak shopping sakan dan memanjat, boleh plan untuk pergi ke Beast Park kat Sungei Wang.

Ini kat Bukit Bintang, boleh sakan lah dengan kawan-kawan.

Nak senang, kami sarankan pilih saja hotel yang dibuat dalam mall area Bukit Bintang.

4 review utk Tiket Gua Damai Park

3.8
Berdasarkan 4 review
5 bintang
50
50%
4 bintang
0%
3 bintang
25
25%
2 bintang
25
25%
1 bintang
0%
1-4 dari 4 review
  1. Tempat yang menakjubkan, pelbagai laluan yang mencabar, mesra pemula tetapi anda memerlukan sedikit kekuatan dan ketahanan haha.

    Panduan sangat membantu dan tempat ini mengutamakan keselamatan.

    Saya mempunyai masa yang menakjubkan dan pasti akan kembali.

    Anda tidak memerlukan pengalaman terdahulu untuk menikmati ini. Ia sememangnya tarikan yang mesti dilakukan di KL Malaysia.

    (0) (0)
  2. Rock climbing best dan bagus untuk budak2 sekolah ada pelatih yang guide..

    TAPI yang tak bagusnya dan perlu penambaikan adalah staff2 situ banyak karenah sikit , kami buat program sekolah tapi byk syaratnye sedangkan kawasan kami guna tu adalah mps punya.

    Bungkusan sampah tak boleh buang di tong sampah jadi apa fungsi tong sampah yang disediakan?

    Jadi kami terpaksa mengangkut sampai jauh kerumah sampah2 tu , tak beri kami solat di bawah pondok besar sedangkan hujan lebat mustahil utk menyuruh pelajar kecil2 tu berjalan basah kuyup ke surau depan sana walaupun dekat. anjing monyet banyak ,boleh buat sesuatu yang patut rasanya hantar pada tempat yg sesuai.

    Atap pondok pun bocor , fasiliti tak begitu baik, guna toilet untuk basuh tangan pun complaint ,awak bekerja disitu mmg tugas awak utk memastikan kawasan situ bersih.

    Tandas awam mmg utk kegunaan semua.

    HARAP ada perubahan yang baik selepas ini.

    (0) (0)
  3. Sesuai untuk climbing. Banyak permainan rosak. Sampah buang merata. Tandas rosak

    (0) (0)
  4. Tak sesak. Damai. Menenangkan. Tapi jalan agak licin berlumut. Kena hati-hati

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Tiket Gua Damai Park Tiket Gua Damai Park
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)